Geografi Argentina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta topografi Argentina

Argentina ialah sebuah negara di selatan Amerika Selatan, terletak di antara Andes di barat dan Lautan Atlantik di timur. Ia disempadani oleh Paraguay dan Bolivia di utara, Brazil dan Uruguay di timur laut dan Chile di barat.

Secara kasarnya Argentina boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama: tanah pamah subur di kawasan Pampas di sebelah utara yang terkenal dengan sektor pertaniannya serta kaum gaucho; tanah pamah beralun di Patagonia di sebelah selatan sehinggalah Tierra del Fuego; dan banjaran Andes di barat bersebelahan dengan negara Chile, dimana aras tertingginya ialah Cerro Aconcagua pada ketinggian 6,960 m.

Sungai-sungai yang utama termasuklah Sungai Paraguay, Bermejo, Colorado, Uruguay dan sungai terbesar iaitu Sungai Paraná. Dua sungai yang terakhir itu mengalir bersama-sama sebelum bertemu dengan Lautan Atlantik untuk membentuk muara Rio de la Plata (Sungai Perak). Iklim di Argentina secara keseluruhannya adalah sederhana dengan iklim-iklim bertentangan yang meliputi iklim subtropika di utara sehinggalah tandus atau gersang (sub-Antartika) jauh di selatan.