Geografi Montenegro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Montenegro

Secara antarabangsanya, Montenegro bersempadankan Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Albania dan wilayah Serbia selatan iaitu wilayah Kosovo.

Permukaan bumi Montenegro adalah dari kemuncak-kemuncak tinggi di sepanjang sempadannya dengan Kosovo dan satu segmen Karst bahagian barat semenanjung Balkan di Albania, sehingga ke satu tanah rata sempit yang hanya berkeluasan satu sehingga empat batu. Tanah rata berhenti secara tiba-tiba di utara, di mana Gunung Lovcen dan Gunung Orjen mempunyai lembah curam hingga ke Teluk Kotor.

Kawasan luas Karst Montenegro berada pada ketinggian 1,000 meter (3,281 kaki) atas paras laut akan tetapi sesetengah kawasan meninggi ke 2,000 meter (6,560 kaki) sebagai contoh Gunung Orjen (1,894 m / 6,214 kaki), masif tertinggi di kawasan batu kapur persisiran pantai. Lembah sungai Zeta adalah kawasan yang terendah pada ketinggian 500 meter (1,640 kaki).

Pergunungan Montenegro yang kasar merangkumi sesetengah kawasan paling tidak rata di Eropah. Secara puratanya mereka mempunyai ketinggian lebih daripada 2,000 meter (6,560 kaki). Satu kemuncak negara ini yang paling terkenal adalah Bobotov Kuk di gunung Durmitor, yang mencapai ketinggian 2,522 meter 8,274 kaki). Pergunungan Montenegro merupakan yang paling kehilangan ais semasa waktu zaman ais yang lampau.