Geografi Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

GEOGRAFI THAILAND Dengan keluasan tanah sebanyak 513,120 kilometer Thailand menjadi negara ke-50 terbesar di dunia manakala daripada aspek bilangan penduduk Thailand menjadi negara ke-20 terbesar.Kawasan ini beriklim Khatulistiwa.Thailand menjadi kawasan yang menempatkan beberapa keunikan yang sukar ditemui di kawasan lain.Bahagian utara negara ini mempunyai landskap yang bergunung-ganang dan puncak tertinggi di banjaran ini ialah Doi Inthanon dengan ketinggian 2565 meter dari aras laut.Ke arah Timur Laut terdapatnya Dataran Khorat yang disempadani oleh Sungai Mekong.Di kawasan tengah negara ini pula terdapatnya Lembangan Chao Praya yang mengalir ke Teluk Thailand.Di kawasan Selatan pula terdapat lembah sungai Kra Ishtmus yang makin luas setelah mengalir ke Malaysia.Sejak Thailand merupakan sebuah negara yang tidak maju,sungai menjadi sumber air yang utama dan disebabkan oleh ini Chao Praya dan Sungai Mekong menjadi sumber air yang utama.Kawasan persisiran pantai di Thaland dijaga dengan begitu rapi sekali kerana sektor pelancongan menjadi penyumbang utama ekonomi negara.Sebagai keterangan yang nyata Laut Andaman di Thailand masih menjadi tarikan pelancong yang hangat meskipun pernah dilanda Tsunami pada tahun 2004.Disebabkan Thailand dikelilingi lautan sebuah terusan yang dikenali sebagai Terusan Thai akan dibina bagi menandingi Terusan Suez dan Terusan Panama.Pembinaan terusan ini dijangka menelan belanja sebanyak 20-30 bilion dolar Amerika Syarikat.Meskipun begitu,pembinaan terusan ini amat berfaedah kerana dipercayai akan mengurangkan kegiatan kelanunan,kos pelabuhan kapal di Asia dan meningkatkan kemesraan antara Thailand dengan China dan India.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan