Geografi ekonomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perdagangan kopi ialah industri sejagat

Geografi ekonomi ialah kajian lokasi, pengagihan, dan susunan ruangan tentang aktiviti-aktiviti ekonomi merentasi seluruh dunia. Isi yang diselidiki amat dipengaruhi oleh pendekatan perkaedahan seseorang penyelidik. Ahli teori lokasi neoklasik mengikut jejak Alfred Weber dan cenderung menumpukan lokasi perindustrian dan menggunakan kaedah kuantitatif. Sejak dekad 1970-an, dua tindak balas yang umum terhadap pendekatan neoklasikisme telah mengubah disiplin ini dengan ketara:

  • Ekonomi politik Marxisme yang bercabang daripada karya David Harvey; dan
  • Geografi ekonomi baharu yang mengambil kira faktor-faktor sosial, budaya, dan institusi dalam ekonomi ruangan.

Geografi ekonomi biasa dianggap sebagai salah satu subbidang disiplin geografi. Bagaimanapun, pada masa kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi seperti Paul Krugman dan Jeffrey Sachs telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai sebahagian geografi ekonomi.[1] Krugman sanggup menggelar penggunaan pemikiran ruangannya pada teori perdagangan antarabangsa sebagai "geografi ekonomi baharu" yang bersaing secara langsung dengan pendekatan dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai "geografi ekonomi baharu". Nama ekonomi kegeografian telah dicadangkan sebagai suatu alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.[2]

Disebabkan adanya berbagai-bagai pendekatan, geografi ekonomi telah merangkumi banyak isi yang berbeza, termasuk (senarai ini tidak lengkap):


Bidang kajian[sunting | sunting sumber]

  • Geografi ekonomi teori menumpukan pembinaan teori tentang susunan ruangan dan pengagihan aktiviti ekonomi.
  • Geografi ekonomi kawasan mengkaji keadaan ekonomi kawasan-kawasan atau negara-negara di dunia. Ia juga mengkaji pewilayahan ekonomi.
  • Geografi ekonomi kritis ialah pendekatan daripada sudut pandangan geografi kritis sezaman dan falsafahnya.
  • Geografi ekonomi tingkah laku mengkaji proses kognitif yang mendasari taakulan ruangan, pembuatan keputusan lokasi, dan tingkah laku firma [3] dan individu.

Cabang[sunting | sunting sumber]

Daripada segi tema, geografi ekonomi boleh dibahagikan kepada subdisiplin seperti yang berikut (tidak lengkap):

  • Geografi Pertanian
  • Geografi Industri
  • Geografi Perdagangan Antarabangsa
  • Geografi Sumber
  • Geografi Pengangkutan dan Komunikasi.

Bagaimanapun, bidang kajian yang tersebut mungkin bertindih dengan sains geografi yang lain atau dapat dianggap sebagai satu bidang yang berasingan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gordon L. Clark, Meric S. Gertler, and Maryann P. Feldman (penyunting). The Oxford Handbook of Economic Geography. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-823410-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ Steven Brakman, Harry Garretsen, Charles van Marrewijk. An Introduction to Geographical Economics.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Schoenberger, E. (2001): Corporate autobiographies: the narrative strategies of corporate strategists. Journal of Economic Geography 1, 277-98.

4. Yeung, Henry Wai-Chung, Neil M. Coe, and Philip F. Kelly. Economic Geography : A Contemporary Introduction. Grand Rapids: Blackwell Limited, 2007.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Lloyd, P. E. - Dicken, P. (1977): Location in space - A Theoretical Approach to Economic Geography, Second Edition. Harper & Row Ltd, London.
  • Massey, D. (1984): Spatial Divisions of Labour, Social Structures and the Structure of Production, MacMillan, London.
  • Lee, R. - Wills, J. (1997): Geographies of Economies, Arnold, London.
  • Dicken, P. (2003): Global Shift: Reshaping the Global Economic Map in the 21st Century, Fourth Edition. The Guilford Press.
  • Scott, A. J. (2006) Geography and Economy. Oxford University Press.

Jurnal saintifik[sunting | sunting sumber]

Economic Geography - founded and published quarterly at Clark University since 1925
Journal of Economic Geography - published by Oxford University Press since 2001
Zeitschrift für Wirtschaftsgeographie - The German Journal of Economic Geography published since 1956.
Tijdschrift voor economische en sociale geografie (TESG) - Published by The Royal Dutch Geographical Society (KNAG) since 1948.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]