Geopark Lembah Kinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geopark Lembah Kinta adalah satu projek besar Kerajaan Negeri Perak yang dikelolakan oleh Jabatan Mineral dan Geoasains Malaysia, Perak bersama-sama agensi kerajaan, badan berkanun dan institusi pengajian tinggi.[1]

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang Projek[sunting | sunting sumber]

  • Konsep pembangunan Geopark Lembah Kinta[2] ini telah dibentangkan pertama kali kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) semasa Mesyuarat Bil. 2/2012 (8 Oktober 2012) oleh pakar penilai geopark antarabangsa iaitu Profesor Dr. Mohd. Shafeea bin Leman daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Atas persetujuan ahli mesyuarat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak telah menyelaras satu mesyuarat pada 6 Novem ber 2012 untuk mengenalpasti sempadan Geopark Lembah Kinta. Pada 30 Januari 2013 pula, program lawatan tapak di kawasan Gopeng-Kampar dan mesyuarat kumpulan kerja yang terdiri daripada pel bagai agensi telah diadakan di Majlis Daerah Kampar.
  • Cadangan kajian dan pelaksanaan pembangunan Geopark Lembah Kinta telah dibentangkan sekali lagi pada Mesyuarat JPN Bil. 1/2013 bertarikh 18 Julai 2013 oleh Pengarah JMG Perak, Dr. Kamaludin Hassan. Mesyuarat JPN telah memutuskan menyokong dan bersetuju terhadap syor cadangan pembangunan Geopark Lembah Kinta dengan tumpuan kepada usaha untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai geopark kebangsaan terlebih dahulu. Pejabat Kewangan Negeri telah mengeluarkan surat persetujuan penyediaan peruntukan khas tahun 2014 sebanyak RM500,000.00 untuk kerja-kerja kajian dan penyelidikan dengan bayaran pertama sebanyak RM200,000.00 telah dikeluarkan melalui surat bertarikh 4 Februari 2014.
  • Satu Jawatankuasa Kerja Pembangunan Geopark Lembah Kinta (JKPGLK) yang dianggotai oleh gabungan pelbagai agensi kerajaa negeri dan persekutuan serta universiti tempatan telah dibentuk
  • Perlantikan rasmi telah dibuat oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak melalui surat UPEN.Pk.5/7/1/5 Jld.3(3) bertarikh 06 Februari 2014. JKPGLK berurusetia di JMG malaysia Perak, bertindak sebagai badan penasihat teknikal mengikut bidang kepakaran agensi masing-masing.

Logo Geopark Lembah Kinta[sunting | sunting sumber]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Logo Geopark Lembah Kinta telah dilancarkan semasa Majlis Pelancaran Cadangan Pembangunan Geopark Lembah Kinta yang diadakan pada 22 November 2014. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato‟ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan bagi pihak YAB Menteri Besar Perak. Logo ini direka cipta berasaskan kepada perbukitan kars dan gua batu kapur yang menjadi latar belakang semulajadi kawasan Lembah Kinta.[3]

Cadangan Pembangunan Geopark Lembah Kinta ini juga menggunakan cogan kata “GEOPARK MENJANA JATI DIRI” atas dasar dimana strategi pembangunan Geopark Lembah Kinta ini akan menjadi asas pembinaan jati diri penduduk dan keseluruhan Negeri Perak melalui pengekalan landskap semulajadi, pelan pembangunan yang lestari dan pengembalian kegemilangan sejarah silam. Program pemuliharaan dan pembangunan lestari di bawah konsep geopark ini seterusnya akan memasyhurkan Lembah Kinta di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa, di samping memastikan nilai warisan berkenaan dapat diperturunkan kepada generasi akan datang.

Kawasan liputan cadangan pembangunan Geopark Lembah Kinta[sunting | sunting sumber]

Kawasan cadangan pembangunan Geopark Lembah Kinta meliputi dua (2) pejabat daerah dan tanah iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar. Kawasan ini melibatkan tiga (3) pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Batu Gajah dan Majlis Daerah Kampar. Ketiga-tiga daerah pentadbiran ini suatu ketika dahulu mewakili satu daerah sahaja iaitu Daerah Kinta.

Melibatkan 3 Kawasan Majlis dalam Pembangunan Geopark Lembah Kinta

Keluasan keseluruhan kawasan cadangan pembangunan Geopark Lembah Kinta ini adalah lebih kurang 2,000 kilometer persegi. Kawasan cadangan ini diperkenalkan sebagai Lembah Kinta kerana ianya mewakili sebahagian besar kawasan tadahan lembangan Sungai Kinta iaitu salah satu cabang utama Sungai Perak.

Konsep pembangunan di bawah inisiatif Geopark[sunting | sunting sumber]

Definisi Geopark[sunting | sunting sumber]

Geopark didefinisikan sebagai satu kawasan dengan keluasan bersesuaian, mempunyai sempadan jelas dan mengandungi beberapa tapak warisan geologi berkepentingan kebangsaan, ser-antau atau antarabangsa yang dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan tahap ekonomi dan nilai budaya penduduknya, terutama melalui aktiviti pelancongan (GGN UNESCO,2010).

Geopark ialah satu konsep pembangunan yang memberikan perhatian kepada keseimbangan tiga komponen utama iaitu ke-pentingan pemuliharaan sumber asli (khususnya sumber geowarisan), pembangunan infrastruktur untuk pelancongan dan aktiviti sosioekonomi yang menguntungkan masyarakat setempat. Konsep geo-pelancongan yang diperkenalkan pada tahun 1994 semakin berkembang di mana tumpuan lebih diberi kepada penghayatan sumber warisan geologi dan landskap fizikal.

Konsep Geopark Lembah Kinta menetapkan sumber warisan ini bukanlah terhad kepada warisan geologi sahaja, tetapi juga warisan biodiversiti, arkeologi, sejarah, kesenian, malah termasuk juga warisan orang hidup. Dalam hal ini setiap warga dan semua elemen yang terdapat di dalam kawasan istimewa Geopark Lembah Kinta dan segala aktiviti yang berlaku adalah KOMPONEN UTAMA Geopark Lembah Kinta dan tiada satu pun harus disisihkan.

Lembah Kinta memenuhi pencirian dan definisi yang diperkenalkan oleh pihak Biro Jaringan Global Geopark Kebangsaan (GGN UNESCO), dengan mempunyai tempat-tempat yang sangat unik dari segi geologi, biologi dan sosial. cadangan pembangunan yang dilakukan ini adalah se-bahagian daripada usaha bagi mengangkat Lembah Kinta untuk disenaraikan sebagai Geopark di peringkat kebangsaan dan seterusnya di peringkat antarabangsa.

Komponen Geopark[sunting | sunting sumber]

i) Komponen Fizikal

Sungai Chelik berpotensi untuk dijadikan lokasi geotapak bagi Projek Geopark Lembah Kinta.Ketinggian air terjun melebihi 150m.

Sesuatu kawasan dengan keluasan sesuai dan mempunyai sempadan kawasan yang jelas serta mempunyai sumber warisan geologi berkepentingan antarabangsa dan mempunyai sumber warisan semulajadi,sejarah dan budaya.

ii) Komponen Pembangunan

Komponen pembangunan adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara seperti berikut:

 Pemuliharaan tapak warisan semulajadi.

 Pembangunan prasarana di tapak warisan.

 Pembangunan sosio-ekonomi secara lestari.

 Pembangunan insaniah melalui pendidikan dan penye-lidikan.

 Pengembangan kesenian dan kebudayaan.

iii) Komponen Pengurusan

 Penglibatan pelbagai pihak berke-pentingan.

 Keperluan kewangan.

Pengurusan

Pembangunan infrastruktur

 Pelan pengurusan.

Jangka masa pendek, sederhana dan jangka panjang

Penghuni atau warga geopark boleh memanfaatkan sumber warisan sebagai sumber ekonomi inovatif melalui:

Penglibatan langsung dalam industri geopelancongan seperti menjalankan syarikat pelancongan, berkhidmat sebagai renjer, sukarelawan dan pemandu pelancong, atau melalui

Penglibatan dalam industri sokongan pelancongan yang begitu luas cakupannya termasuk:

 dalam penghasilan produk geopark

 perkhidmatan pengangkutan

 perkhidmatan perhotelan dan hospitaliti

 perkhidmatan kulinari dan;

 pelbagai aktiviti lain yang akan menjadi daya tarikan pelancong.

Kepentingan Penubuhan Geopark[sunting | sunting sumber]

Gagasan Geopark menegaskan betapa pentingnya meningkatkan taraf sosioekonomi warga dengan mengambil kira kelebihan yang ada pada kekayaan khazanah warisan, antaranya melalui industri:

1. PELANCONGAN

Memajukan industri pelancongan lestari dan memperkenalkan sektor GEO PELANCON-GAN dengan menerap elemen geosains dalam aktiviti pelancongan dan rekreasi alam semulajadi sedia ada dan membuka tapak Geo Pelancongan baru. GEO PE-LANCONGAN bukan sahaja menjamin pulangan ekonomi tetapi turut menyokong usaha pemuliharaan dan peningkatan modal insan.

2. SOKONGAN PELANCONGAN

Industri pelancongan membuka luas peluang bagi pertumbuhan pelbagai industri sokon-gan lain termasuk sektor perkhidmatan pen-ginapan ( resort, hotel, homestay, tapak perk-hemahan dsb.) pengangkutan, kulinari dan penghasilan produk cenderamata. Gagasan Geopark menganjur inisiatif unik dalam penghasilan produk tempatan yang boleh dijadikan identiti sesuatu wilayah sebagai PRODUK GEOPARK.[4]

3. PEMULIHARAAN

Warga geopark boleh melibatkan diri sebagai RENJER dan SUKARELAWAN GEOPARK yang akan bertanggungjawab memantau aktiviti disesuatu tapak geopelancongan.

4. PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

Peningkatan aktiviti pelancongan membawa kepada keperluan penyelidikan saintifik bagi menambah nilai saintifik dan menentukan daya tampungan sesuatu tapak pelancon-gan. Kajian sosio-ekonomi juga penting dalam membuat perancangan pembangunan jangka pendek dan jangka panjang.

5. PENDIDIKAN

Penglibatan warga sebagai PEMANDU GEOPARK dan pelatih serta pemudah cara dalam aktiviti kesedaran geopark pada pelbagai peringkat.

Warisan geologi Lembah Kinta[sunting | sunting sumber]

Pengenalan Lembah Kinta[sunting | sunting sumber]

Lembah Kinta di negeri Perak kaya dengan perbukitan kars unik yang mempunyai pelbagai warisan sejarah perlombongan, sejarah geologi dan kepelbagaian landskap se-mulajadi. Kebanyakan perbukitan kars ini terletak di Ipoh dan ia merupakan pakej untuk menjadikan bandaraya Ipoh sebagai laluan geopelancongan yang mampu memasyhurkannya dikalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Lembah Kinta juga mempunyai begitu banyak sumber warisan geologi dan warisan budaya yang memenuhi sebahagian besar keperluan untuk dinobatkan sekurang-kurangnya sebagai sebuah geopark kebangsaan. Lembah Kinta terkenal sebagai tapak warisan perlombongan bijih timah dan mempunyai kepelbagaian landskap semulajadi yang unik serta nilai sejarah geologi dan saintifik yang tinggi.

Sejarah Lembah Kinta dikatakan bermula tidak kurang 1,500 tahun lalu berdasarkan penemuan relik-relik Buddha dari zaman Srivijaya di Tanjung Rambutan (1893) dan Lahat (1931) yang tertanam berpuluh-puluh kaki di dalam tanah. Pada ketika itu, dikatakan Kinta terletak dipertengahan jalan darat antara pusat kerajaan Melayu Buddha Srivijaya di Palembang dengan kerajaan Melayu Bud-dha Khmer dan Campa di Indo-China.

Lembah Kinta juga dikatakan sebagai pusat pentadbiran Gangga Negara pertama sebelum Beruas dan penemuan ini dikatakan terlambat kerana Kinta telah musnah akibat kegelojohan pelombong memusnahkan muka buminya demi bijih timah.

Geologi Lembah Kinta[sunting | sunting sumber]

Kawasan Lembah Kinta merupakan satu dataran rendah yang terbentuk oleh batu kapur dan sebahagian kecil batuan syis. Hampir 80 peratus daripada kawasan Lembah Kinta didasari oleh lapisan batu kapur dengan sebahagiannya muncul dipermukaan membentuk bukit atau gunung yang berdinding tegak yang dikenali sebagai topografi kars. Lembah Kinta juga diapit dengan 2 banjaran batuan berkomposisi granit iaitu Banjaran Kledang di sebelah barat dan Banjaran Titiwangsa di sebelah timur.

Secara umumnya, Lembah Kinta terdiri daripada batuan granit dan batuan metasedimen dari Siri Berkapur dengan merujuk kepada peta Lembah Kinta oleh Ingham dan Bradford (1960). Batuan metasedimen dari Siri Berkapur membentuk lapisan dasar Lembah Kinta dan terdiri daripada dua fasies iaitu Fasies Berkapur dan Fasies Berargilit. Batuan kapur merupakan batuan dominan yang membentuk Fasies Berkapur. Fasies Argilit pula terdiri daripada batu syal, filit dan kuarzit berselang seli dengan fasies berkapur (Ingham dan Bradford, 1960). Menurut (Ingham dan Bradford 1960), pada tahun 1956 dan 1959 graptolit telah dijumpai di Kanthan dan Chemor yang berusia Ordivisi tengah hingga Silur. Suntharalingam (1966) pula telah menemui fosil yang berusia Devon Bawah hingga Perm Tengah di Kampar. Berdasarkan penemuan fosil yang terhad ini, Ingham dan Bradford (1960) telah memberikan usia Karbon Bawah kepada batuan dasar Lembah Kinta.

Batuan granit di Lembah Kinta dibentuk oleh dua banjaran granitoid iaitu Banjaran Kledang (3,469 kaki) di sebelah barat dan Banjaran Titiwangsa (7175 kaki) di sebelah timur. Ingham dan Bradford (1960) pula telah memberikan usia Trias manakala Hutchison (1973) melaporkan bahawa granit di Lembah Kinta mempunyai julat usia antara Trias Tengah hingga Jura Akhir. Di Lembah Kinta endapan aluvium merupakan endapan terpenting kerana ia adalah sumber utama penghasilan bijih timah. Enapan aluvium ini terbahagi kepada Aluvium Tua berusia Pleistosen dan Aluvium Muda yang berusia Resen didapati secara tidak selaras di atas batuan syis dan marmar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kepentingan geopark kebangsaan
  2. ^ "Geopark Lembah Kinta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 2018-12-26.
  3. ^ GEOPARK LEMBAH KINTA PRODUK PELANCONGAN BARU DI PERAK
  4. ^ GEOPARK JERAI,GEOPARK LEMBAH KINTA DISASAR SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]