George S. Patton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
George S. Patton
Pattonphoto.jpg
Signature of George S. Patton
George S. Patton semasa berpangkat Leftenan Jeneral
Nama gelaran Bandito
Old Blood and Guts
The Old Man
Dikebumikan di Tanah Perkuburan dan Memorial Amerika, Luxembourg City (49°36′42″N 06°11′08″E / 49.61167°U 6.18556°T / 49.61167; 6.18556)
Kesetiaan Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Perkhidmatan Bendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
Jumlah tahun berkhidmat 1909–1945
Pangkat US-O10 insignia.svg Jeneral
Arahan Briged 304 Kereta Kebal
3 Squadron, 3 Kavalri
Rejimen 5 Kavalri
Rejimen 3 Kavalri
2 Briged, Divisyen 2 Armor
Divisyen 2 Armor
Kor I Armor
Pusat Latihan Gurun
Kor II
Tentera Darat Ke-7 Amerika
Tentera Darat Ke-3 Amerika
Tentera Darat Ke-15 Amerika
Pertempuran Revolusi Mexico

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Kedua

Anugerah Distinguished Service Cross (2)
Distinguished Service Medal (3)
Silver Star (2)
Legion of Merit
Bronze Star
Purple Heart
Companion of the Order of the Bath
Knight Commander of the Order of the British Empire
Legion of Honor
Order of the White Lion
Grand Officer of the Order of Leopold
Order of Adolphe of Nassau
Order of Koutusoff, 1st Grade
Hubungan Mejar Jeneral George Patton IV (anak)
Jeneral John K. Waters (Menantu)

George Smith Patton, Jr. (11 November 1885 - 21 Disember 1945) merupakan salah seorang Jeneral Tentera Amerika Syarikat yang paling popular dalam Perang Dunia Kedua. Patton merupakan penyokong kuat peperangan armor. Beliau memimpin sebuah kor dalam Operasi Torch, memimpin Tentera Darat Ke-7 AS dalam penjajahan Sicily, dan memimpin rempuhan keluar Tentera Darat Ke-3 AS dari Normandy. Campur tangannya semasa Pertempuran Bulge merupakan faktor penentu bagi kejayaan pihak Bersekutu.

Dilahirkan tahun 1885 kepada sebuah keluarga yang istimewa dengan latar belakang ketenteraan yang luas, Patton memasuki Institut Tentera Virginia, dan kemudian Akademi Tentera AS di West Point. Beliau mengambil bahagian dalam pentatlon moden di Sukan Olimpik 1912, dan memainkan peranan penting dalam mereka bentuk Pedang Kavalri Model 1913 atau dikenali sebagai "Patton Saber". Patton pertama kali berperang semasa Ekspedisi Pancho Villa ​​pada tahun 1916, mengambil bahagian dalam tindakan ketenteraan pertama Amerika menggunakan kenderaan bermotor. Beliau kemudian menyertai Kor Kereta Kebal Amerika Syarikat yang baru ditubuhkan dalam Angkatan Ekspedisi Amerika dan berjuang dalam Perang Dunia I, pada mulanya memerintah sekolah kereta kebal AS di Perancis sebelum tercedera di penghujung perang. Dalam tempoh antara perang, Patton kekal sebagai tokoh utama dalam pembangunan doktrin peperangan armor dalam Tentera Darat Amerika Syarikat dan banyak berkhidmat dalam jawatan staf di seluruh negara. Naik pangkat dari bawah, beliau memerintah Divisyen Ke-2 Armor Amerika Syarikat pada masa kemasukan AS dalam Perang Dunia II.

Patton memimpin tentera AS ke dalam kancah Mediterranean dengan serangan daripada Casablanca semasa Operasi Torch pada tahun 1942, di mana beliau kemudian memantapkan dirinya sebagai komander yang berkesan dalam pemulihan pantas Kor II Amerika Syarikat yang lemah. Beliau memerintah Tentera Darat Ketujuh semasa Penjajahan Sicily, di mana beliau merupakan komander bersekutu pertama sampai ke Messina. Di sana beliau telah diselubungi kontroversi selepas menampar dua askar yang mengalami tekanan jiwa di bawah perintahnya, dan telah dipindahkan untuk sementara dari jawatan medan perang ke tugas-tugas lain seperti mengambil bahagian dalam kempen Operasi Fortitude yang palsu bagi Operasi Overlord. Patton kembali memerintah Tentera Darat Ketiga selepas Pencerobohan Normandy pada tahun 1944, di mana beliau dengan jayanya mengetuai, kemaraan pantas armor di seluruh Perancis. Beliau memimpin bantuan untuk tentera AS yang terkepung di Bastogne semasa Pertempuran Bulge, dan kemaraan tenteranya ke dalam Jerman Nazi pada penghujung perang.

Selepas perang, Patton menjadi gabenor tentera Bavaria, tetapi beliau telah dilucutkan jawatan kerana kenyataan pedas beliau terhadap denazifikasi. Beliau memerintah Tentera Darat Kelima Belas Amerika Syarikat untuk tempoh dua bulan lebih. Patton meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan kereta di Eropah pada 21 Disember 1945.

Imej berwarna-warni Patton, personaliti berhati keras dan kejayaan sebagai komander ada masanya dibayangi oleh kenyataan kontroversi umum mengenai Kesatuan Soviet yang tidak selari dengan dasar luar Amerika. Tetapi falsafah beliau yang gemar memimpin dari depan dan keupayaan untuk memberi inspirasi kepada tenteranya dengan ucapan tegas, seperti ucapan terkenal untuk Tentera Darat Ketiga, sangat menarik perhatian. Penekanan kuat beliau mengenai tindakan serangan pantas dan agresif terbukti berkesan. Ketika para pemimpin Bersekutu berbeza pendapat mengenai Patton, beliau telah dipandang tinggi oleh penentangnya dalam Markas Besar Jerman. Sebuah filem popular, yang memenangi anugerah filem biografi yang dikeluarkan pada tahun 1970 membantu mengubah Patton menjadi wira rakyat Amerika.

Darjah, anugerah dan pingat[sunting | sunting sumber]

Anugerah Amerika[sunting | sunting sumber]

Reben pingat Jeneral Patton
Templat:Ribbon devices Distinguished Service Cross berserta satu Oak Leaf Cluster
Templat:Ribbon devices Distinguished Service Medal berserta dua oak leaf clusters
Templat:Ribbon devices Silver Star with one oak leaf cluster
Legion of Merit ribbon.svg Legion of Merit
Bronze Star ribbon.svg Bronze Star
Purple Heart BAR.svg Purple Heart
Silver Lifesaving Medal ribbon.svg Silver Lifesaving Medal
Mexican Service Medal ribbon.svg Mexican Service Medal
Templat:Ribbon devices World War I Victory Medal with five battle clasps
American Defense Service ribbon.svg American Defense Service Medal
American Campaign Medal ribbon.svg American Campaign Medal
Templat:Ribbon devices European-African-Middle Eastern Campaign Medal with one silver and two bronze service stars
World War II Victory Medal ribbon.svg World War II Victory Medal
Army of Occupation ribbon.svg In 1955, the U.S. Army posthumously presented General Patton with the Army of Occupation Medal for service as the first occupation commander of Bavaria.

Anugerah asing dan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Order BritEmp rib.png Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire
Order of the Bath UK ribbon.png Honorary Companion of the Order of the Bath

Templat:Cite newspaper The Times</ref>

Officer Ordre de Leopold.png Grand Officer of the Order of Leopold (Belgium)
Oorlogskruis with Palm.jpg Belgian Croix de Guerre with palm
Legion Honneur Commandeur ribbon.svg French Legion of Honor
Croix de guerre 1939-1945 with palm (France) - ribbon bar.png French Croix de Guerre
LUX Croix de Guerre ribbon.svg Luxemburg War Cross
Ord.Adolf.Nassau.jpg Grand Luxemburg Cross of the Order of Adolphe of Nassau
Grand Cross of the Order of Ouissam Alaouite ribbon.png Grand Cross of Ouissam Alaouite of Morocco
Order of the White Lion.svg Order of the White Lion of Czechoslovakia
Czechoslovak War Cross 1939-1945 Ribbon.png Czechoslovakian War Cross

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Insignia Rank Component Date
Tiada lencana pangkat pada 1909 Leftenan Muda Tentera Darat Tetap 11 Jun 1909
US-O2 insignia.svg
 Leftenan Regular Army May 23, 1916
US-O3 insignia.svg
 Kapten Regular Army May 15, 1917
US-O4 insignia.svg
 Mejar National Army January 26, 1918
US-O5 insignia.svg
 Leftenan Kolonel National Army March 30, 1918
US-O6 insignia.svg
 Kolonel National Army October 17, 1918
US-O3 insignia.svg
 Kembali ke pangkat tetap Kapten Regular Army June 30, 1920
US-O4 insignia.svg
 Mejar Regular Army July 1, 1920
US-O5 insignia.svg
 Leftenan Kolonel Regular Army March 1, 1934
US-O6 insignia.svg
 Kolonel Regular Army July 1, 1938
US-O7 insignia.svg
 Brigedier Jeneral Army of the United States October 2, 1940
US-O8 insignia.svg
 Mejar Jeneral Army of the United States April 4, 1941
US-O9 insignia.svg
 Leftenan Jeneral Army of the United States March 12, 1943
US-O7 insignia.svg
 Brigedier Jeneral Regular Army August 16, 1944
US-O8 insignia.svg
 Mejar Jeneral Regular Army August 16, 1944
US-O9 insignia.svg
 Leftenan Jeneral Regular Army December 4, 1944
US-O10 insignia.svg
 Jeneral Army of the United States April 14, 1945

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Sir Thomas Beecham
Walter F. George
Matthew Ridgway
Kulit Depan Majalah Time
12 April 1943
26 Julai 1943
9 April 1945
Diikuti oleh:
Manuel Ávila Camacho
Ingrid Bergman
Simon Bolivar Buckner, Jr.
Pegawai tentera
Didahului oleh
Courtney Hodges
Panglima Tentera Darat Ketiga Amerika Syarikat
1944–1945
Diikuti oleh:
Lucian K. Truscott
Didahului oleh
Baru ditubuhkan
Panglima Tentera Darat Ketujuh Amerika Syarikat
10 Julai 1943 – 1 Januari 1944
Diikuti oleh:
Mark Wayne Clark