George Town, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Georgetown, Pulau Pinang)
Lompat ke: pandu arah, cari


George Town
ڬيورڬتاون

Tanjung "تانجوڠ"/ ஜோர்ஜ் டவுன் / 乔治市
Bandar Raya
George Town, ibu negeri Pulau Pinang
Mohor rasmi Bandaraya George Town, Pulau Pinang
Mohor Majlis Bandar George Town, Pulau Pinang Mohor Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Pihak Berkuasa Tempatan)
Coat of arms of the City of George Town, Penang.JPG Logo Majlis Perbandaran Pulau Pinang.png
Motto: "Memimpin Sambil Berkhidmat"
(Leading We Serve)
Koordinat: 5°25′00″U 100°19′00″T / 5.4166667°U 100.3166667°T / 5.4166667; 100.3166667
Negara  Malaysia
Negeri  Pulau Pinang
Diasaskan pada 1786
Perbandaran ditubuhkan 1857
Status bandar raya 1957
Kerajaan
 • Datuk Bandar Ar. Hajah Patahiyah bt. Ismail
Keluasan
 • Bandar Raya 150 km2 (57.9 sq mi)
Ketinggian 4 m (13.1 ft)
Populasi (2011)
 • Bandar Raya 722 384
 • Kepadatan 4,817/km2 (12,477/sq mi)
 • Metro 2,500 000
  (metro sekitar 2011)
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) - (UTC)

George Town (Tamil: ஜோர்ஜ் டவுன், பினாங்கு) atau Georgetown adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, George Town adalah bandaraya yang ketiga terbesar[perlu rujukan] di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang; Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Batu Kawan di Seberang Perai; Sungai Petani ,Kulim dan Serdang di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak dengan penduduk 2,292,394 orang ( populasi 2010 bagi seluruh Pulau Pinang, Daerah Kulim, Daerah Kuala Muda dan Daerah Bandar Baharu di negeri Kedah)[1] merupakan meroplitan kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang. Zon Metropolitan Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil ( 1048 km2 ), iaitu hanya hampir separuh daripda keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km2 .Oleh itu, Zon Metropoltan Georgetown termasuklah Pulau Pinang ( 1.6 juta ), Daerah Kuala Muda ( 0.5 juta ) ,Daerah Kulim ( 0.3 juta ) dan Daerah Bandar Baharu ( 0.05 juta ), hal ini telah menyebabkan populasinya melebihi Metropolitan Johor Bahru iaitu 1.7 juta ( statistik 2010 bagi seluruh Daerah Johor Bahru dan Kulaijaya ) . Selain itu, Zon Metropolitan Georgetown merupakan kawasan metropolitan yang menyumbang keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang kedua terbanyak di Malaysia selepas Lembah Klang, iaitu kiri-kira RM 52530 juta ( tahun 2012 ) dari Pulau Pinang sahaja tanpa merangkumi Daerah Kuala Muda, Daerah Kulim serta Daerah Bandar Baharu di Kedah, lebih banyak daripada Johor Bahru iaitu kira-kira RM 41274 juta ataupun 60%[2] daripada RM68791 juta (tahun 2012) ,iaitu KDNK bagi seluruh negeri Johor [3] . Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandar raya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandar raya pada 1 Januari 1957. Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 1976, bagi menggantikan Majlis Bandaraya George Town. Pusat bandar George Town merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pada asalnya penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "Tanjung Penaga". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal dari tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.[4][5]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia.Zon Metropolitan Georgetown juga merupakan kota metropolitan kedua terpenting di Malaysia yang terletak di utara tanah air selepas Lembah Klang . Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.

Pemandangan Bandar Raya Georgetown
Pemandangan Bandar Raya Georgetown
Kedudukan Georgetown di Pulau Pinang

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786 Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) adalah jalan-jalan yang pertama dibina di Georgetown. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalanraya yang hendak dibangunkan. Selepas itu Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina, jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.

Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda. Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan , Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah).

Bangunan Bank Standard Charted Di Lebuh Pantai Georgetown
Makhamah Tinggi Georgetown

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pembukaan Terusan Suez juga menyumbang kepada pembangunan Georgetown. Pembangunan Georgetown telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. Selain Melayu, Cina, India dan British terdapat komuniti Acheh, Arab, Armenia, Burma, Eurasia, Filipina, Jerman, Jepun, Switzerland dan Yahudi. Sungguhpun komuniti-komuniti ini kecil tetapi kehadiran mereka dapat dirasai. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) dimana terdapatnya perkuburan Yahudi. Terdapat juga sinagog orang Yahudi di Jalan Nagore, Georgetown (tetapi ditutup pada tahun 1976).

Yahudi

Orang Yahudi yang pertama datang ke Georgetown ialah Ezekiel Menassah yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Selama 30 tahun Menassah merupakan satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi yang berhijrah ke Georgetown. Semasa Perang Dunia II, kebanyakkan orang Yahudi melarikan diri ke Singapura. Mereka yang terus menetap di Georgetown dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan untuk tujuan pengenalan semasa penaklukan Jepun, tentera Jepun mengesyaki komuniti Yahudi di Georgetown bertindak sebagai pengintip. Pada tahun 1963 terdapat 20 keluarga Yahudi di Georgetown. Hari ini jumlah komuniti Yahudi di Georgetown dianggarkan seramai 100 orang(sumber: The Jewish Virtual Library), kebanyakkanya berketurunan Parsi dan Russia.

Jepun

Komuniti Jepun dipercayai bertapak di Pulau Pinang sejak 1880. Kebanyakkanya adalah kaum wanita, banyak dari wanita-wanita ini terlibat di dalam kegiatan pelacuran. Pada tahun 1910 86% daripada 149 orang wanita Jepun terlibat di dalam kegiatan pelacuran. Mereka dikenali sebagai Karayuki-san, majoritinya berasal dari Kyushu, Jepun. Orang Cina Pulau Pinang memanggil Lebuh Cintra sebagai Jipun Kay (Jalan Jepun) dan Kampung Malabar sebagai Jipun Sin Lo (Jalan Jepun Baru). (sumber: The Star April 22,2002)

Filipina

Komuniti Filipina di Georgetown tertumpu di kawasan-kawasan Roman Katolik seperti Penang Road (Jalan Penang), Argyll Road (Jalan Argyll), Farquhar Street (Lebuh Farquhar) dan di sekitar Gereja Assumption, Jalan Transfer. Orang-orang Filipina di Georgetown kebanyakkanya mempunyai kemahiran bermain muzik.

Eurasia

Pada tahun 2000 terdapat hampir 1500 orang Eurasia atau dikenali sebagai Serani di Pulau Pinang , majoritinya di Georgetown. Georgetown dipercayai mempunyai komuniti Eurasia yang terbesar di Malaysia , bancian yang dijalankan pada tahun 2000 menunjukkan hampir 13% golongan Eurasia di Malaysia menetap di Pulau Pinang, majoritinya di sekitar Georgetown. Hampir 90% golongan Eurasia ini beragama Kristian, hampir 4% Islam, 3% lain-lain dan selebihnya beragama Buddha atau Hindu. Di Pulau Tikus, Georgetown terdapat Kampung Serani.

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]


Senarai ahli parlimen bagi kawasan George Town (Dewan Rakyat)

Kerusi Parlimen Ahli Parti
P.048 Bukit Bendera Zairil Khir Johari PR DAP
P.049 Tanjong Ng Wei Aik PR DAP
P.050 Jelutong Ooi Chuan Aun PR DAP
P.051 Bukit Gelugor Karpal Singh A/L Ram Singh PR DAP


Senarai ahli adun kawasan George Town

Parlimen Kerusi Dun Ahli Parti
P.048 N.22 Tanjong Bunga Teh Yee Cheu PR DAP
P.048 N.23 Air Puteh Lim Guan Eng PR DAP
P.048 N24 Kebun Bunga Cheah Kah Peng PR PKR
P.048 N.25 Pulau Tikus Yap Soo Huey PR DAP
P.049 N.26 Padang Kota Chow Kon Yeow PR DAP
P.049 N.27 Pengkalan Kota Lau Keng Ee PR DAP
P.049 N.28 Komtar Teh Lai Heng PR DAP
P.050 N.29 Dato Keramat Jagdeep Singh Deo PR DAP
P.050 N.30 Sungai Pinang Lim Siew Khim PR DAP
P.050 N.31 Batu Lanchang Law Heng Kiang PR DAP
P.051 N.32 Seri Delima Nethaji Rayer PR DAP
P.051 N.33 Air Itam Wong Hon Wai PR DAP
P.051 N.34 Paya Terubong Yeoh Soon Hin PR DAP
Bangunan Dewan Undangan Negeri di Georgetown

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,16 km dari selatan bandaraya Georgetown memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.Kemudahan-kemudahan yang di disediakan adalah :

  • Kaunter Daftar Masuk (32)
  • 14 Pintu Berlepas
  • 8 Titi Udara
  • 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
  • 808 lot letak kereta
  • Travel Agensi
  • Kaunter Penerangan
  • Ruang Istirehat VIP
  • Mesin ATM
  • Pertukaran Wang Asing
  • Penempahan Hotel
  • Khidmat teksi
  • Kuarantin haiwan

Syarikat penerbangan dan destinasi

Syarikat penerbangan Destinasi
AirAsia Hong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Macau, Singapura
Cathay Pacific Hong Kong1
China Airlines Taipei-Taoyuan
China Southern Airlines Guangzhou, Xiamen
Firefly Banda Aceh, Langkawi, Medan, Phuket, Subang
Indonesia AirAsia Jakarta, Medan, Surabaya
Jetstar Asia Singapura
Kartika Airlines Medan, Banda Aceh
Lion Air Medan
Malaysia Airlines Kuala Lumpur, Langkawi, Singapura
Silkair Singapore
Sriwijaya Air Batam, Medan
Thai AirAsia Bangkok-Suvarnabhumi
Thai Airways International Bangkok-Suvarnabhumi
Tiger Airways Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang


Darat

  • Bandaraya Georgetown dihubungkan dengan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia.
  • Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghubungkan bandar raya George Town dengan Batu Maung. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.
  • Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Exit 161 Persimpangan Georgetown
  • Jambatan Kedua Pulau Pinang dalam pembinaan
  • Lingkaran Luar Pulau Pinang dalam perancnagan


Laut

Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

Bas Rapid Penang
Jambatan Pulau Pinang
Feri

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

  • Terminal Bas Ekspres Utama George Town,Pulau Pinang terletak di Sungai Nibong
  • Kiosk Bas Ekspress di Menara Komtar,Georgetown
  • Terminal Bas Weld Quay,Georgetown Rapid Penang CAT, 11,201,202,203,204,206,301,302,303,307,401,401E & 502
  • Terminal Bas 2 Weld Quay,Georgetown 10,101,103 & 104
  • Terminal Bas Komtar,Georgetown Rapid Penang CAT, 10,11,101,102,103,104,201,202,203,204,206,301,302,303,304,307,401,401E & 502
  • Penang Monorail dalam perancangan

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bangunan Universiti Terbuka Wawasan

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

  • Gurney Plaza
  • Queensbay Mall 7km dari Pusat bandar raya
  • Island Plaza
  • Menara KOMTAR
  • Prangin Mall
  • Ist Avenue Georgetown
  • Parkson Grand
  • Penang Times Square
  • Midlands Park Centre
  • Tesco Seaview
  • Tesco Tanjung Bungah
  • Kamdar
  • Mydin
  • Sunshine Jelutong
  • Gama
  • Gurney Paragaon Mall
  • Penang Plaza
  • Sunshine Farlim
  • Sunshine Square Bayan Baru 7km dari Pusat bandaraya
  • Kompleks Bukit Jambum 8 km dari Pusat bandaraya
Menara KOMTAR
Quensbay Mall

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Besar Pulau Pinang
  • Hospital Pakar Loh Guan Lye
  • Island Hospital
  • Hospital Pakar Gleneagles
  • Hospital Pakar Lam wah Yee
  • Hospital Pakar Adventist
  • Hospital Pakar Pantai
  • Hospital kanser Mt. Miriam
Hospital Pakar Loh Guan Lye

Kawasan perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Bandaraya
  • Tanjung Bungah
  • Tanjung Tokong
  • Tanjong Pinang
  • Seri Tanjong
  • Pulau Tikus
  • Desa Baiduri‎
  • Kampung Batu Lanchang‎
  • Kampung Belachan‎
  • Kampung Dodol‎
  • Kampung Hijau‎
  • Kampung Makam‎
  • Kampung Masjid‎
  • Kampung Masjid Bagan‎
  • Kampung Rawa‎
  • Kampung Raya Baharu‎
  • Kampung Syed‎
  • Pengkalan Weld‎
  • Jelutong
  • Taman Abidin‎
  • Taman Ara‎
  • Air Itam
  • Bandar Baru Air Itam Farlim
  • Taman Barat‎
  • Taman Cemerlang‎
  • Taman Cheeseman‎
  • Taman Continental‎
  • Taman Dega Green‎
  • Taman Dhoby Ghaut‎
  • Taman Free School‎
  • Taman Green Lane‎
  • Taman Greenview‎
  • Taman Guan Joo Seng‎
  • Taman Islands Glades‎
  • Taman Jeliemas‎
  • Taman Jelutong‎
  • Taman Jesselton Height‎
  • Taman Kampar‎
  • Taman Kennedy‎
  • Taman Koperasi Jelutong‎
  • Taman Lalulintas‎
  • Taman Lembah Sungai‎
  • Taman Lita‎
  • Taman P. Ramlee‎
  • Taman Penang‎
  • Taman Perak‎
  • Taman Pulau Pinang‎
  • Taman Rampas‎
  • Taman Scotland‎
  • Taman Selamat‎
  • Taman Sri Husin‎
  • Taman Windmill
  • Changkat Miden
  • Gelugor
  • Sungai Dua
  • Sungai Nibong
  • Batu Uban
Persiaran Gurney di Georgetown
Pemandangan Tanjung Tokong di luar Bandarraya Georgetown

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Zon Metropolitan Georgetown

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Georgetown.