Gerakan Kebangkitan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gerakan Kebangkitan Rakyat atau(GERTAK) merupakan NGO yang baru ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib orang Melayu di Malaysia . Pengerusi Gertak ialah Razali Idris.

Simposium ekonomi Melayu[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mei 2010 dianjurkan program membincangkan ekonomi dan penyatuan Melayu - 'Melayu Bangkit' - sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Antara yang dibincangkan ialah Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020. Gertak mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan negeri , Institut Integriti Terengganu untuk menganjurkannya di Stadium Tertutup Gong Badak,Kuala Terengganu , Terengganu pada hari Khamis, 13 Mei 2010.

Utusan Malaysia melaporkan 10,000 orang termasuk ahli-ahli 45 NGO Melayu akan hadir di Gong Badak . Tetamu kehormat yang hadir ialah negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tarikh 13 Mei begitu signifikan kepada perjuangan orang Melayu. Tarikh tersebut secara kebetulan sahaja. Pejuang Terengganu seperti Haji Abdul Rahman Limbong gagal menghalau penjajah British . Tetapi 'Melayu Bangkit' semasa 13 Mei. MCA tidak perlu bimbang dengan program ini. [1]

Bantahan PAS[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Mei 2010, Naib presiden PAS Salahuddin Ayub membantah program ini kerana "berbahaya dan tidak sihat" kepada hubungan kaum di Malaysia. Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. PAS mengesyakki ada penglibatan UMNO kerana Razali Idris memang orang UMNO dan pernah bertanding menentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di DUN Rhu Rendang.[2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [Temubual Astro Alwani dengan Razali Idris jam 9.00 malam 11 Mei 2010]
  2. ^ PAS bantah program 'Melayu Bangkit'