Gereja Jesus Benar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gereja Yesus Benar)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri tentang

Agama Kristian mempercayai Jesus sebagai Christ

 
Jesus  · Christ
Jesus dalam agama Kristian  · Kelahiran dara  · Penyaliban  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Bible
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Gospel  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Suci)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Maryam  · Santo Peter  · Paulus si Hawari  · Paderi Besar  · Awal  · Constantine Agung  · Majlis  · Perpecahan Barat-Timur  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Ekumenisme  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Perlambangan  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

P christianity.svg Portal Kristian

Gereja Yesus Benar merupakan sebuah pertubuhan agama Kristian yang berasingan dan yang tidak dikuasai oleh mana-mana satu mazhab Kristian yang lain. Diasaskan pada tahun 1917 di Beijing, China, penganut-penganut awal yang bertanggungjawab kepada penubuhan gereja ini adalah Paulus Wei, Chang Lin Shen, dan Barnabas Chang. Perkembangan dan penyebaran ajaran gereja ini berlaku dengan pesat dan khutbahnya sampai ke Asia Tenggara pada tahun 1926, dan kemudiannya ke Sandakan, Borneo Utara pada tahun 1927.

Pendirian[sunting | sunting sumber]

Dasar kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Dasar kepercayaan Gereja Yesus Benar adalah:

1. Percaya bahwa Yesus ( Jesus Christ ) adalah Firman yang menjadi manusia, Ia berkorban mati di atas kayu salib demi menyelamatkan umat manusia yang berdosa, pada hari ketiga bangkit kembali dan naik ke sorga. Dia adalah Juruselamat Tunggal manusia, Tuhan semesta alam dan Tuhan yang Maha Esa.

2. Percaya bahwa Kitab Suci ( Bible ) Perjanjian Lama dan Pejanjian Baru yang diilhamkan Tuhan adalah sumber tunggal kebenaran dan kehidupan beriman.

3. Percaya bahawa Gereja ( Church ) Yesus Benar didirikan oleh Roh Kudus pada masa hujan akhir, untuk memulihkan kembali gereja benar di zaman para rasul.

4. Percaya bahwa Baptisan Air adalah sakramen untuk penghapusan dosa dan kelahiran kembali, Dilaksanakan Dalam Nama Tuhan Yesus di air yang hidup dengan kepala menunduk dan segenap tubuh diselamkan ke dalam air. Pembaptis haruslah orang yang telah menerima Baptisan Air dan Baptisan Roh Kudus.

5. Percaya bahwa menerima Roh Kudus ( Holy Spirit ) adalah jaminan bagian warisan Kerajaan Tuhan, dengan berbahasa roh sebagai bukti nyata penerimaan Roh Kudus.

6. Percaya bahwa Sakramen Pembasuhan Kaki adalah untuk beroleh bagian dalam Tuhan, mengandung pengajaran saling mengasihi, menyucikan diri, merendahkan diri, melayani dan saling mengampuni; setiap orang yang telah dibaptis harus menerima Sakramen Pembasuhan Kaki ini satu kali yang dilakukan dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Saling membasuh kaki dapat pula dilaksanakan apabila perlu.

7. Percaya bahawa Sakramen Perjamuan Kudus ( Holy Communion ) adalah untuk memperingati kematian Tuhan,bersama-sama menerima daging dan darah Tuhan, menjadi satu dengan Tuhan untuk memperoleh hidup kekal dan kebangkitan kembali pada akhir zaman; Sakramen ini harus harus sering diadakan, penyelenggaraannya harus dilakukan dengan menggunakan satu ketul roti tidak beragi dan air buah anggur.

8. Percaya bahwa Hari Sabat ( Sabbath Day ) (hari Sabtu) adalah hari kudus yang diberkati Tuhan, yang dipegang di bawah anugerah untuk memperingati penciptaan dan penyelamatan Tuhan, dengan menaruh pengharapan akan Sabat kekal dalam hidup yang akan datang.

9. Percaya bahwa manusia diselamatkan adalah kasih karunia dan juga oleh iman, manusia harus mengejar kesucian dengan bersandarkan Roh Kudus, mengamalkan pengajaran Alkitab, mengasihi Tuhan dan sesama manusia.

10. Percaya bahwa Tuhan Yesus akan turun dari Sorga pada akhir zaman untuk menghakimi umat manusia, orang benar akan memperoleh hidup kekal, orang jahat akan memperoleh hukuman abadi.

Lima Dogma[sunting | sunting sumber]

  1. Sakramen Pembaptisan
  2. Sakramen Pembasuhan Kaki
  3. Sakramen Penjamuan Kudus
  4. Kebaktian Hari Sabat
  5. Penerimaan Roh Kudus

QQ[sunting | sunting sumber]

Sejarah & Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Tanah Besar Negara China[sunting | sunting sumber]

Kawasan Taiwan[sunting | sunting sumber]

Kawasan Sabah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan gereja di Sabah[sunting | sunting sumber]

Gereja Yesus Benar telah diasaskan oleh Roh Kudus hujan akhir pada tahun 1917 di Beijing, China. Injil berkembang dengan pesat, dan kemudian tersebar ke Asia Tenggara pada tahun 1926. Benih injil pertama telah ditaburkan di Sandakan, Sabah (pada masa itu dikenali sebagai Borneo Utara) pada tahun 1927.

Penyebaran Injil Melalui Senaskah “Majalah Roh Kudus”

Injil telah disebarkan ke Sabah (nama asal Borneo Utara) melalui “Majalah Roh Kudus”versi Mandarin, yang diterbitkan oleh Ibu Gereja Yesus Benar di Nanking, China yang dikirimkan oleh Dn. John Voon dari Gereja Singapura kepada seorang kawannya, En. Tsen En Fook di Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) pada awal 1926. En. Tsen adalah seorang pemimpin masyarakat pada waktu itu, yang sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa untuk mengkaji majalah tersebut. Maka, dia mengirimkan majalah itu kepada seorang kawannya, En. Lee Siak Lin, pemercaya Gereja “Seventh Day Adventists” (SDA) dengan tulisan nota “Sebuah Gereja Benar telah muncul”. Setelah dibacanya “Majalah Roh Kudus” itu dan mendapati kebenaran Alkitab yang terkandung dalamnya, Lee Siak Lin telah terharu dan hasrat untuk mencarikan kebenaran telah membara dalam hatinya.

Perjalanan Pencarian Kebenaran

Lee menaiki kapal laut berangkat ke Singapura pada hari pertama Tahun Baru Cina tahun 1927 untuk mencarikan Gereja Yesus Benar di sana. Semasa dia cuba menjejaki Gereja Yesus Benar, dia terserempak dengan seorang lelaki dan bertanya kepadanya mengenai lokasi Gereja Yesus Benar .Tidak tersangkah, orang itulah Dn. John Voon, dan telah membawa dia ke Gereja Yesus Benar. Setelah mengkaji kebenaran untuk suatu jangka waktu, Lee menerima baptisan air pada 11 Januari 1927. Selepas tiga hari, dia menerima Roh Kudus. Atas pertimbangan dan persetujuan, mereka Pnt. Tan Chien Sing, Dn. John Voon, dan beberapa orang telah berangkat bersama Lee ke Sandakan untuk menyebarkan injil di sana.

Penubuhan Gereja Pertama

Gereja Yesus Benar pertama telah ditubuhkan di Sandakan pada tahun 1927. Sebelum Pnt. Tan dan Dn. Voon meninggalkan Sandakan, mereka mengurapi dua orang saudara, seorang saudari sebagai diaken dan diakenis, iaitu Dn. Mark Chin, Dn. Philemon Ho dan Dns. Phoebe Kong, dan Saudara Lee Siak Lin dilantik sebagai Setiausaha untuk menguruskan hal-ehwal gereja.

Pada waktu itu, ibu gereja berada di Nanking. Maka, gereja-gereja di sini digelar sebagai “Lembaga Cawangan Borneo Utara”, dan Gereja Sandakan sebagai pusat koordinasi. Dr. Philip Tyan telah dihantar buat kali pertama sebagai wakil untuk menghadiri “Persidangan Perwakilan Ibu Gereja” yang diadakan di Shanghai pada tahun 1932.

Ibu Gereja di Nanking telah menamakan "Lembaga Cawangan Borneo Utara", dengan gereja Sandakan sebagai pusat pentadbiran untuk cawangan ini. Kini, Ibu Gereja Sabah (Pusat Pentadbiran) terletak di Likas di Km. 5.2, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Penyebaran di kawasan bumiputera bukan Islam[sunting | sunting sumber]

Permulaan pengkhutbahan kepada kaum bumiputera bukan Islam menghadapi satu tempoh yang sukar disebabkan kaum itu masih berpegang teguh pada amalan dan kepercayaan nenek moyang mereka. Namun pada waktu itu, kemudahan prasarana, termasuk kemudahan kesihatan, masih kurang. Banyak di antara kaum itu mengidapi penyakit-penyakit yang telah menjejaskan pekerjaan dan kehidupan harian mereka. Ketika melakukan penyembuhan di gereja, banyak mukjizat telah berlaku.

Penubuhan Gereja Yesus Benar Tuaran pada 1936 merupakan permulaan era penyebaran agama kepada kaum-kaum bumiputera bukan beragama Islam. Melalui Lumbihan bte Gimpit, seorang daripada suku kaum Dusun, ajaran Gereja Yesus Benar tersebar ke daerah Tamparuli dan Wangkod.

Pada awal 1958, seorang lelaki kaum Murut bernama Sahoh Ahar menghidapi penyakit batuk kering. Kebetulan pada waktu itu, Dn. Philip Tyan sedang berkhutbah di kawasan pedalaman, dan beliau mengambil kesempatan untuk berkhutbah kepadanya. Setelah menerima tumpangan tangan dalam doa, Sahoh pulih daripada penyakitnya selepas beberapa hari kemudian. Sejak peristiwa itu, bilangan penganut Gereja Yesus Benar semakin bertambah dan Kem Doa telah didirikan di rumah Sahoh. Sebuah gereja di Sungai Apih kemudian didirikan pada 17 April 1961.

Kini, banyak gereja telah didirikan di kawasan pedalaman dan terdapat banyak pendeta dan diakon di kalangan kaum bumiputera bukan beragama Islam, serta banyak penganut daripada kaum itu yang rajin dan giat dalam kerja-kerja berkhutbah serta menghadiri kebaktian setiap kali diadakan.

Kawasan-Kawasan Lain[sunting | sunting sumber]

Referensi[sunting | sunting sumber]

Pengikut-pengikut Gereja Yesus Benar di Seluruh Dunia[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]