Gerhana matahari 26 Januari 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gerhana matahari 26 Januari 2009
Solar eclipse animate (2009-Jan-26).gif
Gerhana matahari 26 Januari 2009
Jenis gerhana
Jenis Anulus
Gama -0.2819
Magnitud 0.9282
Saros 131 (51 daripada 71)
Gerhana maksimum
Tempoh 473.7 s (7 min 53.7 s)
Lokasi Lautan Hindi
Koordinat 34°4.2′S 70°14.0′T / 34.07°S 70.233°T / -34.07; 70.233
Lebar lingkaran maksimum 280.3 km
Masa (UTC)
Gerhana terbesar 07:58:39

Gerhana matahari yang berlaku pada hari Isnin bertarikh 26 Januari 2009 yakni Tahun Baru Cina di Malaysia[1] adalah gerhana anulus matahari dengan magnitud 0.92 boleh dilihat bermula dari selatan Lautan Atlantik dan bergerak 900 km ke arah timur melalui selatan Afrika, melengkung ke arah timur laut melalui Lautan Hindi. Pendaratan yang pertama bermula dari Pulau Cocoa diikuti selatan Sumatera dan barat Jawa. Titik gerhana terus bergerak agak ke timur melintasi di tengah-tengah Borneo, merentasi barat laut Sulawesi, kemudian berakhir sebelum Mindanao, Filipina.[2] Gerhana matahari ini telah diramalkan berlaku selama 3 jam 46 minit.[1]

Gerhana ini merupakan sebahagian daripada Kitaran Saros Suria 131.

Kebolehlihatan[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab titik gerhana agak jauh dari Malaysia, kira-kira 60% hingga 80% matahari akan dilindungi bulan.[3] Permulaan gerhana diramalkan akan berlaku pada jam 4.31 petang dan kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 5.50 petang dan berakhir pada jam 6.58 petang.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]