Gerila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peperangan gerila semasa Perang di Peninsular Iberia, yang tercetus antara pihak Sepanyol dan Portugis. Ia dilukis oleh artis Portugis Roque Gameiro. Istilah "gerila" diciptakan semasa konflik ini, yang berlaku pada awal abad ke-19.

Gerila (juga dikenali sebagai partisan) ialah istilah yang diserap daripada bahasa Sepanyol (daripada perkataan guerra bererti perang) yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pejuang kecil. Peperangan gerila beroperasi dengan kumpulan pejuang yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi. Peperangan gerila merupakan bentuk paling tua peperangan tidak bersimetri. Penyumbang utama kepada teknik perang gerila termasuk Mao Zedong dan Che Guevara. Walaupun "peperangan tidak bersimetri" merupakan istilah ketenteraan kepada taktik gerila, ia sering dipandang rendah sebagai perang taktik "pengganas."


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.