Gesang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gesang Martohartono)
Lompat ke: pandu arah, cari

Gesang Martohartono (lahir 1 Oktober 1917 di Surakarta, Jawa Tengah, meninggal pada 20 Mei 2010 ) merupakan seorang maestro muzik keroncong dan penggubah lagu tersohor di Indonesia.

Kerjaya Gesang bermula sebagai penyanyi keroncong di majlis perkahwinan dan pesta kecil-kecilan . Dia tinggal bersama dengan keluarganya di Jalan Bedoyo Nombor 5 Kelurahan Kemlayan, Serengan, Solo. Pada 1962 berpisah denga isterinya. Tidak mempunyai anak.

Lagu popularnya "Bengawan Solo" yang terkenal di Indonesia , Malaysia dan Jepun. Lagu ini diterjemah ke 13 bahasa termasuk bahasa Inggeris, Cina dan Jepun serta pernah digunakan dalam sebuah filem Jepun. Lagu ini mengisahkan sungai terpanjang di pulau Jawa pada 1940 ketika Gesang berusia 23 tahun dan mengambil enam bulan untuk dihasilkan.

Pada 1983, Taman Gesang dibina di Bengawan Solo, Solo, Jawa Tengah bagi menghargai jasanya terhadap perkembangan muzik Jepun. Taman ini dibiayai oleh Tabung Gesang, sebuah NGO di Jepun.[1] Pada 1992, beliau menerima anugerah Bintang Penghargaan dari Maharaja Jepun, Maharaja Akihito dan Tanda Kehormatan Bintang Budaya Parama Dharma dari Presiden Indonesia.[2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mei 2010, beliau meninggal dunia pada usia 92 tahun selepas pembedahan prostat . Beliau dimasukkan ke Rumah Sakit PKU Muhammadiyah Solo sejak 12 Mei 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]