Geseran gigi bersuara
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| IPA – nombor | 131 |
| IPA – teks | ð |
| IPA – imej | |
| Entiti | ð |
| X-SAMPA | D |
| Kirshenbaum | D |
Geseran gigi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ð dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan D dalam X-SAMPA.
Sesetengah penutur bahasa Melayu menyebut geseran gigi bersuara untuk huruf z sebagai padanan kepada ﺫ (zal) dalam kata pinjaman bahasa Arab, contohnya: Zulkarnain, mazhab.
Ciri-ciri [sunting]
Ciri-ciri geseran gigi bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah gigi, iaitu disebut dengan lidah menyentuh gigi atas atau bawah, atau kedua-duanya sekali.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||