Geseran gusi-lelangit bersuara
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| IPA – nombor | 183 |
| IPA – teks | ʑ |
| IPA – imej | |
| Entiti | ʑ |
| X-SAMPA | z\ |
| Kirshenbaum | |
| Contoh bunyi | |
Geseran gusi-lelangit bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʑ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan z\ dalam X-SAMPA.
Isi kandungan |
Ciri-ciri [sunting]
- Cara artikulasinya adalah geseran sibilan, iaitu dihasilkan dengan menghalakan aliran udara melalui alur di antara lidah dan deaerah artikulasi ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
- Daerah artikulasinya ialah gusi-lelangit (belakang gusi laminal terlelangit), iaitu disebut dengan bahagian depan lidah di belakang batas gusi, dan bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa getaran pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Penggunaan [sunting]
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Rujukan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Abkhaz | ажьа | [aˈʑa] | 'arnab' | ||
| Catalonia[1] | ajut | [əˈʑut] | 'tolong' | Rujuk fonologi bahasa Catalonia | |
| Jepun | 火事/kaji | [kaʑi] | 'kebakaran' | Bentuk lainan bagi [dʲʑ] di antara vokal. Rujuk fonologi bahasa Jepun | |
| Kabardia | лIыжь | [ɬʼɪʑ] | 'orang tua' | ||
| Poland[2] | źrebię | [ˈʑrɛbʲɛ̃] | 'anak kuda' | Juga dilambangkan oleh dwihuruf <zi>. Rujuk fonologi bahasa Poland | |
| Rusia | езжу | [ˈjeʑːu] | 'saya memandu' | Biasanya ditulis <жж> atau <зж>. Rujuk fonologi bahasa Rusia | |
| Sorbia Rendah | źasety | [ʑasɛtɨ] | 'kesepuluh' | ||
Rujukan [sunting]
- ↑ Recasens, Daniel and Pallarès, Maria Dolores (2001). "Coarticulation, Assimilation and Blending in Catalan Consonant Clusters". Journal of Phonetics 29(3): 273–301. doi:10.1006/jpho.2001.0139.
- ↑ Jassem (2003:103)
Bibliografi [sunting]
- Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association 33 (1): 103-107
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||