Get TAK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Get logik
Asas
Gabungan
Eksklusif

Get TAK (BI: NOT gate) adalah sebuah get logik yang mengendalikan kendalian logik tak. Get TAK juga dipanggil sebagai penyonsang kerana ia menghasilkan keluaran yang berlawanan logik dengan masukannya. Get ini hanya menerima satu masukan logik sahaja iaitu antara TINGGI (1) atau RENDAH (0). Get logik ini digunakan untuk menghasilkan keluaran songsang bagi get-get logik lain. Contohnya, get TAK DAN adalah gabungan antara get TAK dan get DAN, setiap keluaran yang terhasil adalah berlawanan dengan setiap keluaran yang terhasil bagi get DAN.

Jadual kebenaran[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana get ini hanya menerima satu masukan, maka bilangan kombinasi masukan adalah dua (berdasarkan 2n di mana n adalah bilangan masukan).

Simbol TAK
Simbol TAK
Masukan Keluaran
A TAK A
0 1
1 0


Lihat juga[sunting | sunting sumber]