Getah asli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Getah.JPG
Lateks dikutip selepas pokok getak ditoreh

Getah asli ialah polimer bukan Newtonan semula jadi yang dihasilkan oleh pokok getah. Ia terhasil daripada lateks, sejenis koloid berupa susu yang dihasilkan pokok tertentu. Getah asli digunakan secara meluas dalam banyak keadaan dan produk, begitu juga getah tiruan. Ia lazimnya sangat meregang dan ajal serta kalis air.[1] Di Malaysia, institusi yang bertanggungjawab mengenai getah ialah Lembaga Getah Malaysia.

Ia merupakan campuran sebatian organik poliisoprena dan sedikit sebatian organik lain serta air. Monomer bagi getah asli ialah metilbut-1,3-diena atau isoprena.

Beribu-ribu unit isoprena bergabung untuk membentuk satu rantai panjang melalui tindak balas pempolimeran penambahan tanpa penyingkiran sebarang molekul. Dalam molekul polimer getah asli terdapat ikatan ganda dua. Ikatan ganda dua ini mempengaruhi sifat-sifat getah asli.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Heinz-Hermann Greve "Rubber, 2. Natural" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, 2000, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a23_225