Giffard Le Quesne Martel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeneral Sir
Giffard Le Quesne Martel
Order of the Bath (KCB), Order of the British Empire (KBE), Distinguished Service Order (DSO), Military Cross (MC), Institution of Mechanical Engineers (M I Mech E)
Kelahiran10 Oktober 1889[1]
Millbrook, Southampton
Meninggal duniaTemplat:Died date 3 September 1958 (usia 68)
Camberley, Surrey
Kesetiaan United Kingdom
PerkhidmatanBendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Tahun perkhidmatan1908–1945
PangkatLieutenan Jeneral
Jumlah perkhidmatan6628
PertempuranPerang Dunia Pertama
Perang Dunia Kedua
AnugerahKnight Commander of the Order of the Bath
Knight Commander of the Order of the British Empire
Distinguished Service Order
Military Cross

Lieutenan-Jeneral]] Sir Giffard Le Quesne Martel, Order of the Bath (KCB), Order of the British Empire (KBE), Distinguished Service Order (DSO), Military Cross (MC), Institution of Mechanical Engineers (M I Mech E) (10 Oktober 1889 – 3 September 1958) merupakan seorang Tentera British yang berkhidmat dalam kedua-dua Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Dia merupakan anak Brigadier Jeneral Charles Philip Martel, Order of the Bath (C.B.), Ketua Superintendent bagi Kilang Peluru. Dia berkahwin dengan Maud Mackenzie pada 29 Julai 1922 dan mereka memiliki dua orang anak, Major Peter Martel, MC, lahir 1938 dan Gillian, lahir 1941. Biasanya dikenali sebagai "Q Martel" atau sekadar "Q", dia merupakan perintis kejuruteraan tentera British dan pakar strategi kereta kebal.

Giffard Le Quesne Martel memasuki Akademi Tentera DiRaja, Woolwich pada tahun 1908 dan dikomisen sebagai Lieutenan Kedua dalam Jurutera DiRaja pada 23 Julai 1909.[2] An enthusiastic amateur boxer, Martel merupakan orang penting dalam penubuhan Persatuan Tinju Tentera Laut DiRaja dan Tentera pada tahun 1911.[3]

Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1916, pada awalnya sebagai pegawai sapper dengan pengalaman langsung bagi penggunaan kereta kebal pertama British semasa Pertempuran Somme, Martel diletakkan tanggung jawab bagi membina replika seluas 1.5-batu (2.4 km) sistem perparitan British dan Jerman, termasuk tanah bebas orang, di Elveden, Norfolk, sebagai sebahagian tapak latihan kereta kebal semasa Perang Dunia Pertama.[4]

Di situ dia membentuk minat mendalam bagi teori kereta kebal, mempercayai bahawa ia merupakan masa depan perperangan dan pada November 1916 dia menulis kertas kerja, Tentera Kereta Kebal, mencadangkan satu tentera yang terdiri daripada kenderaan berperisai sepenuhnya. Sebagai kakitangan GSO3 pada J. F. C. Fuller idea meluas yang dibentangkan dalam kertas kerja itu mempunyai pengaruh besar pada pemikiran Fuller ketika di mana pada masa itu, kereta kebal dilihat sekadar tambahan berguna pada infantri di medan perang.[5] Martel juga berminat dengan pembinaan jalan jaring dawai ("wire net roads") sebagaimana digunakan oleh Tetera British 1917–1918 semasa kempen Sinai dan Palestine dan kegunaan mereka bagi menyokong kenderaan bertrek.[6]

Pada akhir 1916, Martel merupakan kakitangan Hugh Elles di Bermicourt di Perancis membantu Fuller mengenai perancangan operasi[7] yang memuncak dengan taktik kereta kebal British yang digunakan dalam Pertempuran Cambrai (1917).

Sebagai tambahan pada MC (1915) dan DSO (1916), sepanjang perjalanan perang Martel telah disebut dalam perutusan sebanyak lima kali.[8]

Kehidupan selepasnya[sunting | sunting sumber]

Martel di beri gelaran knight pada tahun 1943[9] and retired from the Army in 1945 with the rank of Lieutenant-General.[10] Dia bertanding sebagai calon Parti Konservetif (UK)bagi konstitusi Barnard dalam pilihanraya United Kingdom 1945 tetapi gagal.[11]

Selepas bersara, Martel menulis mengenai perihal ketenteraan. Dia meninggal di rumahnya di Camberley, Surrey, pada 3 September 1958.[12]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

  • Bridging in the Field. The Institution. 1922. ASIN B0008CIUZW.
  • In the Wake of the Tank: The First Eighteen Years of Mechanization in the British Army. Sifton, Praed & Co. 1935. ASIN B000881E7W.
  • Our Armoured Forces. An account of their operations during the war of 1939–45. Faber & Faber. 1945. ASIN B0014MI8UC.
  • The Problem of Security. Michael Joseph. 1945. ASIN B0014MCXIA.
  • The Russian Outlook. Michael Joseph. 1947. ASIN B001A8T5FW.
  • An Outspoken Soldier, His Views and Memoirs. Sifton Praed & Co. 1949. ASIN B0007J06CQ.
  • East Versus West. Museum Press. 1952. ASIN B0006DAA6K.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Times, Saturday, Jan 22, 1938; pg. 7; Issue 47899; col G
  2. ^ "No. 28282". The London Gazette. 24 August 1909. London Gazette uses unsupported parameters (help)
  3. ^ Tony Mason, Eliza Riedi (2010). Sport and the Military: The British Armed Forces 1880-1960. Cambridge University Press. Dicapai pada 2012-12-29.
  4. ^ Christy Campbell (2008). Band of Brigands: The First Men in Tanks. Harper Perennial. Dicapai pada 2012-12-29.
  5. ^ Azar Gat (2001). A History of Military Thought: From the Enlightenment to the Cold War. OUP Oxford. Dicapai pada 2012-12-29.
  6. ^ LIDDELL: 15/12/13 1922–1925 – King's College London, Liddell Hart Centre for Military Archives
  7. ^ Men, Ideas, and Tanks: British Military Thought and Armoured Forces, 1903–1939 By J. P. Harris, pg. 80
  8. ^ "The Army Director Of Personal Services" The Times, Saturday, Jan 22, 1938; pg. 7; Issue 47899; col G
  9. ^ "No. 36033". The London Gazette (invalid |supp= (help)). 2 June 1943. London Gazette uses unsupported parameters (help)
  10. ^ MARTEL, Sir Giffard Le Quesne (1889–1958), Lieutenant General – King's College London, Liddell Hart Centre for Military Archives
  11. ^ "UK General Election results July 1945". Political Science Resources. Dicapai pada 2012-12-29.
  12. ^ "British tank expert dead", The Bulletin, September 4, 1958
  • Spencer Tucker Who's Who in Twentieth Century Warfare (2001) Psychology Press ISBN 9780415234979

Pautan luar[sunting | sunting sumber]