Gilotin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Replika (skala 1:6) dua jenis utama gilotin Perancis:Model 1792, kiri, dan Model 1872, kanan

Gilotin ialah sebuah alat yang digunakan dalam pelaksanaan hukuman bunuh dengan memenggal kepala seseorang. Ia terdiri daripada bingkai tinggi tegak dengan sebilah mata pisau besar dan bersudut digantung padanya. Bilah dinaikkan dengan seutas tali, dan tengkuk orang yang dihukum diletakkan di bawahnya. Bilah gilotin kemudiannya dilepaskan, jatuh dengan pantas dan seterusnya memenggal kepala.

Alat ini terbilang sebagai cara utama bagi pelaksanaan hukuman bunuh di negeri Perancis, khususnya pada zaman Revolusi Perancis bila ia menjadi "sebahagian daripada budaya popular, disanjung sebagai pembalas dendam rakyat oleh penyokong Revolusi dan dikutuk sebagai tanda Pemerintahan Ganas oleh penentang Revolusi".[1]

Walaupun secara umumnya dikaitkan dengan Revolusi Perancis, gilotin kekal digunakan di beberapa negara, termasuk Perancis, lama selepas Revolusi Perancis berlalu. Di Perancis, alat ini merupakan alat biasa pelaksanaan hukuman mati sehingga saat hukuman bunuh dihapuskan Presiden Francois Mitterand pada tahun 1981.[2] Di Jerman, gilotin kerap kali digunakan dalam zaman Reich Ketiga dan digunakan sehingga tahun 1966 di Republik Demokratik Jerman (bekas Jerman Timur), dan di Perancis sehingga 1977 di mana alat ini digunakan untuk melaksanankan hukuman bunuh terhadap Hamida Djandoubi.

Revolusi Perancis[sunting | sunting sumber]

Potret Dr Guillotin

Pada 10 Oktober 1789, Doktor Joseph-Ignace Guillotin, seorang doktor Perancis, berdiri di hadapan Persidangan Kebangsaan dan mengemukakan usul enam fasal berkaitan perubahan hukuman bunuh seperti berikut:

  • Fasal 1: Kesalahan serupa akan dikenakan hukuman serupa dengan tidak mengambil kira pangkat pesalah.
  • Fasal 2: Apabila undang-undang mengenakan hukuman mati, dengan tidak mengambil kira jenis kesalahan, hukumannya ialah sama: pemenggalan kepala, melalui mekanisme ringkas.
  • Fasal 3: Hukuman pesalah tidak akan membawa keaiban atau prasangka terhadap keluarganya.
  • Fasal 4: Tiada siapa akan mencemuh seorang rakyat tentang hukuman yang dikenakan ke atas seorang ahli keluarganya. Pesalah akan dicemuh secara terbuka oleh seorang hakim.
  • Fasal 5: Harta pesalah tidak akan dirampas.
  • Fasal 6: Mayat pesalah akan dipulangkan kepada keluarga jika ada permintaan oleh keluarga, dan tiada rujukan kepada sebab kematian akan dicatat.[3]

Menyedari perasaan tidak puas hati sedang meningkat, Raja Louis XVI mengharamkan penggunaan Roda Catherine.[4] Pada tahun 1791, semasa berlangsungnya Revolusi Perancis, Persidangan Kebangsaan mencari cara baharu untuk digunakan terhadap semua orang yang bersalah, tidak kira darjat mereka. Kerisauan mereka menyumbang kepada idea bahawa tujuan hukuman bunuh ialah menamatkan riwayat pesalah dan bukan untuk mendatangkan kesakitan kepadanya.[4]

Satu jawatankuasa ditubuhkan di bawah kendalian Antoine Louis, Setiausaha Akademi Pembedahan yang juga seorang doktor Raja Perancis.[4] Joseph-Ignace Guillotin juga menjadi ahli jawatankuasa tersebut. Kumpulan ini dipengaruhi oleh "Mannaia" (atau "Mannaja") Itali, "Scottish Maiden" ('Gadis Scotland') (model awal gilotin yang digunakan di Scotland), dan "Halifax Gibbet" ('Tiang gantung Halifax') (satu lagi model awal gilotin yang digunakan di England) yang dilengkapkan dengan kepala kapak yang berat 3.5 kg.[5] Sementara alat-alat awal ini selalunya meronyokkan tengkuk atau menggunakan daya tumpul untuk memenggal kepala, alat-alat serupa juga menggunakan bilah sabit dan lunette (kuk berensel ataupun yok berensel yang digunakan bagi menghalang tengkok daripada bergerak).[4]

Seorang pegawai mahkamah Strasbourg bernama Laquiante, [6] membuat reka bentuk suatu alat yang dapat memancung kepala dan mengupah seorang jurutera dan pembuat hapsikod berbangsa Jerman, Tobias Schmidt, untuk membuat satu prototaip ataupun contoh sulung.[7] Antoine Louis juga dikatakan terlibat dengan reka bentuk prototaip ini. Satu cerita yang diragui asalnya (apokrifal) mendakwa Raja Louis XVI (seorang tukang kunci amatur) menyarankan agar bilah berbentuk tiga segi dengan mata pisau serong digunakan, menggantikan bilah sabit,[4] Schmidt orang yang mencadangkan agar bilah diletakkan pada sudut 45 darjah dan menggantikan bilah melengkung itu.[8] Pelaksanaan hukum bunuh pertama menggunakan gilotin dikenakan terhadap seorang penyamun, Nicolas Jacques Pelletier[9] on 25 April 1792.[10][11][12]

Asas kejayaan alat ialah kepercayaan bahawa ia cara hukuman bunuh berperikemanusiaan, berlawanan dengan cara-cara yang digunakan pada zaman Perancis Ancien Régime. Dalam negara Perancis, sebelum gilotin diperkenalkan, orang daripada kelas bangsawan dipancung dengan pedang atau kapak (yang memerlukan sekurang-kurangnya dua kali hentakan sebelum membunuh mangsa), sementara rakyat biasa lazimnya digantung, satu bentuk kematian yang mungkin mengambil masa beberapa minit atau lebih sebelum selesai. Cara lain yang lebih mengerikan termasuk penggunaan Roda Catherine atau dibakar di kayu pancang. Dalam kes pemancungan ataupun pemenggalan, ada ketikanya beberapa hentakan diperlukan sebelum kepala dipenggal dengan sempurna, dan kebarangkalian mangsa akan maut perlahan-lahan daripada perdarahan sebelum kepalanya dipenggal sepenuhnya. Kadangkala mangsa atau keluarga mangsa akan membayar pertanda agar memastikan mata bilah tajam demi memastikan kematian yang cepat dan yang tidak memeritkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. R. Po-chia Hsia, Lynn Hunt, Thomas R. Martin, Barbara H. Rosenwein, and Bonnie G. Smith, The Making of the West, Peoples and Culture, A Concise History, Volume II: Since 1340, Second Edition (New York: Bedford/St. Martin's, 2007), 664.
  2. Loi n°81-908 du 9 octobre 1981 portant abolition de la peine de mort
  3. R. F. Opies, "Guillotine" (Gloucestershire: Sutton Publishing Ltd, 2003) p. 22
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 Executive Producer Don Cambou (2001). Modern Marvels: Death Devices. A&E Television Networks.
  5. Parker, John William (26 July 1834), "The Halifax Gibbet-Law", The Saturday Magazine (132): 32 
  6. Croker, John Wilson (1857). Essays on the early period of the French Revolution. J. Murray. p. 549. Diperolehi pada 21 October 2010. 
  7. Edmond-Jean Guérin, "1738–1814 – Joseph-Ignace Guillotin : biographie historique d'une figure saintaise", Histoire P@ssion website, accessed 2009-06-27, citing M. Georges de Labruyère in le Matin, 22 Aug. 1907
  8. "Joseph Ignace Guillotin". whonamedit.com. Diperolehi pada 9 March 2008. 
  9. "Crime Library". National Museum of Crime & Punishment. Diperolehi pada 13 June 2009. "[I]n 1792, Nicholas-Jacques Pelletier became the first person to be put to death with a guillotine." 
  10. "Chase's Calendar of Events 2007", p. 291
  11. Scurr, pp. 222–223
  12. Abbot, p. 144

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Caryle, Thomas. The French Revolution In Three Volumes, Volume 3: The Guillotine. Charles C. Little and James Brown (Little Brown). New York, NY, 1839. No ISBN. (First Edition. Many reprintings of this important history have been done during the last two centuries.)
  • Farrell, Simon, Sutherland, Jon. Madame Guillotine: The French Revolution. Armada Books, 1986. ISBN 0-233-97868-2.
  • Gerould, Daniel (1992). Guillotine; Its Legend and Lore. Blast Books. ISBN 0-922233-02-0. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: