Gimbal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ilustrasi set gimbal dua paksi rigkas; gelang pusat boleh ditetapkan secara mencancang.
Dalam suatu set tiga buah gimbal ditetapkan bersama-sama, setiap satu menyediakan darjah kebebasan: guling, anggul dan rewang.

Gimbal ialah sokongan berpangsi yang membolehkan putaran sesebuah objek pada satu paksi tunggal. Satu set tiga buah gimbal, satu ditetapkan pada yang lagi sebauh dengan paksi pangsi ortogon, boleh digunakan untuk membolehkan objek yang ditetapkan pada gimbal paling dalam untuk kekal tidak bersandar pada putaran sokongannya (contohnya, mencancang dalam animasi pertama). Contohnya, di atas sebuah kapal, giroskop, kompas atas kapal, dapur, dan juga pemegang minuman yang biasanya menggunakan gimbal untuk mengekalkannya menegak berhubungan dengan ufuk sungguhpun anggulan dan gulingan.

Ampaian gimbal yang digunakan untuk menetapkan kompas dan yang sepertinya kadang-kadang dipanggil ampaian Cardan sempena ahli matematik dan ahli fizik Itali, Gerolamo Cardano (1501–1576), yang memerihalkannya secara terperinci. Walau bagaimanapun, Cardano tidak mencipta gimbal, atau mendakwa bahawa beliau menciptanya. Peranti ini sejak itu telah diketahui sejak baharian dan mungkin tidak mempunyai pencipta tunggal yang boleh dikenal pasti.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Needham, Joseph. (1986). Science and Civilization in China: Volume 4, Physics and Physical Technology; Part 2, Mechanical Engineering. Taipei: Caves Books Ltd. Muka surat 229.
  2. Francis C. Moon, The Machines of Leonardo da Vinci and Franz Reuleaux: Kinematics of Machines from the Renaissance to the 20th Century, ms 314, Springer, 2007 ISBN 1-4020-5598-6.