Ginban Kaleidoscope

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ginban Kaleidoscope
Logo daripada siri anime Ginban Kaleidoscope.
GenreShōnen, Drama, Komedi,
Manga
PengarangRei Kaibara
PenerbitJepunSuper Dash (Shueisha)
Anime
PengarahShinji Takamatsu
StudioActas, Aniplex
Penyiaran AsalJepun TV Tokyo, Animax
Malaysia Animax
Penyiaran LainKorea Selatan Animax
Dikeluarkan pada9 Oktober 200525 Disember 2005
Manga
Ginban Kaleidoscope
PengarangRei Kaibara (Cerita), Jun Hasegawa (Seni)
PenerbitJepunShueisha
Portal Anime dan Manga

Ginban Kaleidoscope (Jepun: 銀盤 カレイドスコープ, Hepburn: Ginban Kareidosukōpu, secara literal bermaksud "Gelanggang Luncur Kaleidoskop"), merupakan sebuah siri novel-novel ringan karya Rei Kaibara, ilustrasi oleh Hiro Suzuhira. Adaptsai manganya juga ditulis oleh Rei Kaibara dan diilustrasikan oleh Jun Hasegawa. Sebuah siri adaptasi anime untuk babak pertama siri novel-novelnya telah ditayangkan mingguan oleh TV Tokyo daripada 8 Oktober 2005 sehingga 24 Disember 2005.

Plot[sunting | sunting sumber]

Ginban Kaleidoscope mengisahkan tentang Tazusa Sakurano, seorang calon peluncur ais Jepun bagi Sukan Olimpik. Semasa pusingan kelayakan diadakan di Montréal, Kanada, dia terjatuh di tengah-tengah "Lompatan Lutz Tiga Ganda" (Triple Lutz) dan terus pengsan. Pada waktu yang sama, Pete Pumps, seorang juruterbang gencat Kanada berumur 16 tahun, mati apabila kapal terbangnya kehilangan kawalan akibat kerosakan mekanikal, lalu terhempas. Malangnya buat Tazusa, Pete secara tidak sengaja "menghuni" tubuh badannya selama seratus hari.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Tazusa Sakurano (Jepun: 桜野タズサ, Hepburn: Sakurano Tazusa) Disuarakan oleh: Ayako Kawasumi (Bahasa Jepun), Emily Woo Zeller (Bahasa Inggeris)

Seorang gadis peluncur ais berumur 16 tahun yang bermulut lancang. Disebabkan perangainya dia sering dilayan teruk oleh pihap media. Objektifnya ialah untuk bertarung dalam Sukan Olimpik Torino. Pada awaly siri ini, Tazusa dirasuk hantu Pete Pumps yang menghuni tubuh badannya selama 100 hari. Sejak hari pertama, Tazusa kurang menyukai kehadiran Pete dan sering cuba menghalaunya keluar daripada tubuhnya. Namun, selang beberapa hari Tazusa mula menerima Pete dalam kehidupannya dan lama-kelamaan lebih mencintainya.
Apabila dirasuk, dia sering memakan tomato apabila Pete menyakiti hatinya dan menaikkan darahnya disebabkan "alahan" Pete terhadap tomato dan da[at merasa apa sahaja yang dirasakan Tazusa. Dalam siri anime, dia merujuk dirinya sebagai gadis "Cantik #10 Bilion".

Pete Pumps (Jepun: ピート・パンプス, Hepburn: Piito Panpusu) Disuarakan oleh: Yoshino Hiroyuki (Bahasa Jepun), David Lee Mckinney (Bahasa Inggeris)

Seorang juruterbang di Kanada yang berumur 16 tahun. Pete Pumps meninggal dunia selepas kapal terbangnya terhempas akibat kerosakan mekanikal. Sebagai hantu atau roh, dia terpaksa menghuni tubuh badan Tazusa selama 100 hari sebelum dihantar ke syurga.
Pete menyukai Tazusa dan cuba membantunya memperbaiki imejnya, sekaligus memberi sokongan untuknya menjadi calon pilihan untuk Sukan Olimpik. Meskipun pada awalnya Tazusa tidak bersetuju dengan pendapatnya dan menghiraukan kehadirannya, Pete akhirnya berjaya menawan hatinya dan Tazusa mula mengenalinya dengan lebih baik lagi. Pete tidak pernah menyatakan cintanya terhadap Tazusa, mahupun dalam diam-diam, namun sepanjang siri ini terdapat beberapa adegan "petunjuk" yang mempamerkan cinta Pete terhadap Tazusa, misalnya sewaktu dia mengucup Tazusa dalam bentuk rohnya.

Kyōko Shitō (Jepun: 至藤響子, Hepburn: Shitō Kyōko) Disuarakan oleh: Murai Kazusa

Salah seorang lawan Tazusa dalam sukan meluncur ais. Dia merupakan calon pilihan bagi Sukan Olimpik Jepun untuk Luncur Ais Wanita dan ini menjadi sebab utama dia ditentangi hebat Tazusa. Dia mempunyai personaliti yang tenang, dan tidak suka mengambil risiko.

Yūji Takashima (Jepun: 高島優司, Hepburn: Takashima Yūji) Disuarakan oleh: Kosugi Jurota

Jurulatih kepada Tazusa yang berasal daripada Kanada. Dari segi umumnya, dia ialah seorang lelaki yang baik hati yang sentiasa melihat kebaikan dalam diri orang lain. Tazusa dan adik perempuannya tinggal bersama-samanya kerana sejak penceraian ibu bapa mereka. Jurulatih Yūji pada saat akhir-akhir bersedia untuk berkahwin, di mana pada satu masa Tazusa menganggap bahawa jurulatihnya mencintainya.

Kazuya Nitta (Jepun: 新田一也, Hepburn: Nitta Kazuya) Disuarakan oleh: Chiba Isshin

Seorang pemberita bebas. Dia menyukai Kyōko dan cuba untuk membantu Tazusa dalam pertarungannya dengan media massa.

Yōko Sakurano (Jepun: 桜野ヨーコ, Hepburn: Sakurano Yōko) Disuarakan oleh: Chiwa Saitō

Adik perempuan Tazusa. Yōko dipamerkan sebagai seorang peluncur ais dalam siri novel Ginban Kaleidoscope, dan sering membantu kakaknya bangun daripada tidur dan menyediakan sarapan.

Mika Honjō (Jepun: 本城ミカ, Hepburn: Honjō Mika) Disuarakan oleh: Marina Inoue

Rakan karib Tazusa yang sering mereka pakaian meluncurnya. Mika sering menjadi mangsa kemarahan Tazusa terhadap Pete, di mana dia menganggap bahawa Tazusa menjerit ke arahnya sedangkan dia sebenarnya memarahi Pete yang menghuni tubuhnya. Seiyū Mika merupakan artis bagi lagu tema penutup siri anime Ginban Kaleidoscope.

Yukie Mishiro (Jepun: 三代雪絵, Hepburn: Mishiro Yukie) Disuarakan oleh: Hiroko Suzuki

Seorang pengawai daripada Persatuan Luncur Jepun. Dia mendakwa bahawa Tazusa mempunyai "muka batu" kerana tidak mempunyai senyuman seperti peluncur yang lain, manakala Tazusa menggelarnya "Ratu Jahat". Walaubagaimanapun, dia mempercayai bahawa Tazusa mempunyai potensi yang istimewa.

Dominique Miller (Jepun: ドミニク・ミラー, Hepburn: Dominiku Mirā) Disuarakan oleh: Maya Okamoto

Seorang peluncur ais dari Amerika dan salah seorang lawan utama Tazusa. Dia menonjolkan dirinya dalam siri anime di atas pelat Inggeris Amerikanya yang agak teruk.

Ria Garnet Juitiev (Jepun: リア・ガーネット・ジュイティエフ, Hepburn: Ria Gānetto Juiteifu) Disuarakan oleh: Mamiko Noto

Seorang peluncur ais daripada Rusia berumur 14 tahun dan sering memenangi pingat emas di Winter Olympics. Disebabkan ini, dia merupakan lawan Tazusa yang terkuat. Dia juga menggunakan lagu yang sama dengan Tazusa dalam episod 6 siri anime Ginban Kaleidoscope.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

Pembuka
Dual oleh YeLLOW Generation
Penutup
energy oleh Marina Inoue
Lain-lain
Way oleh Marina Inoue

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]