Giuseppe Favalli
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Giuseppe Favalli | ||
| Tarikh lahir | 8 Januari 1972 (41 tahun) | ||
| Tempat lahir | Orzinuovi, Itali | ||
| Tinggi | 1.82 m | ||
| Posisi permainan | Bek kiri / Bek tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
| Kelab terkini | A.C. Milan | ||
| Nombor | 19 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1987–1988 | Cremonese | ||
| Kerjaya senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
| 1988–1992 1992–2004 2004–2006 2006– |
Cremonese Lazio Internazionale A.C. Milan |
94 (3) 298 (4) 49 (0) 41 (2) |
|
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 1989 1989–1994 1994–2004 |
Itali U18 Itali U21 Itali |
9 (1) 24 (2) 8 (0) |
|
| * Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 11 Mei, 2008 (UTC). † Kemunculan (Gol). |
|||
Giuseppe Favalli (lahir 8 Januari 1972 di Orzinuovi, Wilayah Brescia) merupakan pemain bola sepak Itali yang bermain di posisi pertahanan. Ketika ini beliau bermain bersama kelab A.C. Milan di Serie A.
Beliau memulakan kareer beliau di Serie B bersama Cremonese, di mana prestasi hebatnya membolehkan beliau menyertai Lazio pada musim panas 1992. Beliau kemudian menjadi kapten pasukan dan merupakan pemain kesayangan penyokong Lazio. Beliau kemudian berpindah ke Inter Milan pada musim panas 2004. Walaubagaimanapun, beliau tidak mampu mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama dan kehadiran Fabio Grosso selepas Piala Dunia bermakna beliau tidak lagi diperlukan oleh Inter dan disebabkan itu, kontrak beliau tidak diperbaharui untuk musim 2006-07. Beliau kemudiannya diambil oleh A.C. Milan dengan perpindahan percuma, namun sekali lagi, dengan pemain hebat seperti Kakha Kaladze dan Paolo Maldini bermain sebagai bek kiri, beliau menghabiskan musim lebih banyak di bangku simpanan. Dalam final Liga Juara-Juara UEFA 2006-07, beliau membuat kemunculan sebagai pemain simpanan di penghujung perlawanan di mana Milan berjaya memenangi Piala Eropah mereka yang ketujuh dengan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool FC.
Beliau diberi nama timangan Favallinho oleh penyokong Milan selepas beliau menjaringkan dua golnya di Serie A musim 2006-07 dalam kemenangan berturut-turut ke atas Empoli dan Messina pada April 2007.
Kejayaan[sunting]
- Piala Itali: 1998, 2005, 2006
- Serie A: 2000
- Cup Winners' Cup Eropah: 1999
- Piala Super Eropah: 1999, 2007
- Piala Super Itali: 1998, 2000, 2005
- Liga Juara-Juara UEFA: 2007
- Piala Dunia Kelab FIFA: 2007
Pautan luar[sunting]
|
|||||
|
|||||||
- Biografi bola sepak menggunakan parameter-parameter yang hilang
- Biografi bola sepak menggunakan parameter-parameter yang kurang
- Football biography using deprecated parameters
- Kelahiran 1972
- Pemain A.C. Milan
- Pemain F.C. Internazionale Milano
- Pemain pertahanan bola sepak
- Pemain bola sepak Itali
- Orang hidup
- Pemain S.S. Lazio
- Pemain Serie A
- Pemain Euro 2004