Gladiator (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gladiator
Poster tayangan panggung wayang
PengarahRidley Scott
Lakon layar
  • David Franzoni
  • John Logan
  • William Nicholson
Cerita olehDavid Franzoni
Dihasilkan oleh
  • Douglas Wick
  • David Franzoni
  • Branko Lustig
Dibintangi
SinematografiJohn Mathieson
Disunting olehPietro Scalia
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
  • DreamWorks Pictures
    (Amerika Utara)
Tarikh tayangan
  • 01 Mei 2000 (2000-05-01) (Los Angeles)
  • 04 Mei 2000 (2000-05-04) (Australia)
  • 05 Mei 2000 (2000-05-05) (United States)
  • 12 Mei 2000 (2000-05-12) (United Kingdom)
Masa tayangan
155 minit[2]
Negara
  • United States[3]
  • United Kingdom[4]
BahasaEnglish
Bajet$103 juta[5]
Pecah panggung$460.5 juta[5]

Gladiator ialah filem epik drama sejarah 2000 diarahkan oleh Ridley Scott dan ditulis oleh David Franzoni, John Logan, dan William Nicholson. Filem ini diterbitkan bersama dan dikeluarkan oleh DreamWorks dan Universal Pictures. DreamWorks Pictures mengedarkan filem itu di Amerika Utara manakala Universal Pictures mengeluarkannya di peringkat antarabangsa melalui United International Pictures. Ia dibintangi oleh Russell Crowe, Joaquin Phoenix, Connie Nielsen, Ralf Möller, Oliver Reed (lakonan terakhir beliau), Djimon Hounsou, Derek Jacobi, John Shrapnel, Richard Harris dan Tommy Flanagan. Crow melakon sebagai Jeneral Rom Maximus Decimus Meridius dan setiawan Marcus Aurelius yang dikhianati dan diperhambakan setelah Commodus membunuh ayahandanya dan merampas takhta; Maximus terheret memasuki alam gladiator dan naik melalui barisan arena untuk membalas dendam atas pembunuhan keluarganya dan maharajanya.

Gladiator mendapat tayangan perdana di Los Angeles pada 1 Mei 2000, dan ditayangkan secara teater di Australia pada 4 Mei, Amerika Syarikat pada 5 Mei dan di United Kingdom pada 11 Mei. Filem ini menerima ulasan yang secara umumnya positif daripada pengkritik, dengan pujian untuk lakonan (terutamanya persembahan Crowe dan Phoenix), arahan Scott, visual, lakon layar, urutan aksi, skor muzik dan nilai produksi. Ia merupakan kejayaan box office, meraih kutipan $187.7 juta di Amerika Syarikat dan $457 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem kedua dengan kutipan tertinggi pada tahun 2000. Filem ini memenangi pelbagai anugerah, termasuk lima di Anugerah Akademi ke-73: Gambar Terbaik, Pelakon Terbaik untuk Crowe, Reka Bentuk Kostum Terbaik, Bunyi Terbaik dan Kesan Visual Terbaik. Ia juga menerima empat Anugerah BAFTA di Anugerah Filem Akademi British ke-54 untuk Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik , Reka Bentuk Pengeluaran Terbaik dan Penyuntingan Terbaik. Sejak dikeluarkan, Gladiator juga telah dikaitkan dengan penghidupan semula genre karya sejarah sword-and-sandal terutamanya yang berpusat sekitar tamadun Yunani Purba dan Rom Purba, seperti siri televisyen Rome.

Pada tahun 2021, Scott secara rasmi mengumumkan bahawa penulisan skrip filem susulan kepada filem ini sedangkan dijalankan, fasa pembikinannya akan bermula secara rasmi sebaik siapnya filem biopik Napoleon yang dijangka pada tahun 2023.[6]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 180 Masihi, Jeneral Hispania Maximus Decimus Meridius bermaksud untuk kembali ke kampung halamannya setelah dia memimpin pasukan Romawi menuju kemenangan melawan suku bangsa Jermanik dekat Vindobona di Limes Germanicus. Maharaja Marcus Aurelius memberitahu Maximus bahawa puteranya sendiri, Commodus, tidak layak berkuasa dan bahawa dia menghendaki Maximus untuk menggantikannya sebagai pengganti untuk membantu menyelamatkan Roma dari dicemari korupsi.

Commodus dengan berangnya membunuh ayahnya sebaik mendapat tahu maklumat ini, namun dia menyembunyikan hal ini dari para pengawal diraja - Commodus mengumumkan bahawa dia adalah Maharaja baru dan meminta Maximus tunduk setia kepadanya, Maximus menolak arahan Commodus - tindakan ini menyebabkan Maximus ditangkap oleh para penjaga dan diberitahu bahawa dia dan keluarganya akan mati. Maximus membunuh para penculiknya dan kembali ke kampung halamannya di dekat Trujillo di mana dia menemukan bahawa keluarganya telah dibunuh. Maximus mengubur istri dan puteranya, dia pengsan tidak lama kemudian. Tanpa disedarinya, dia ditemukan oleh pedagang hamba yang membawanya ke kota Zucchabar di mana dia dijual kepada seorang pelatih gladiator bernama Antonius Proximo.

Meskipun dia awalnya keberatan, Maximus bertarung di pertarungan peringkat setempat dan berteman dengan dua gladiator lainnya, Juba, seorang bangsa Numidi, dan Hagen, seorang bangsa Jermanik. Kemahiran tenteranya membantunya memenangkan pertarungan dan mendapatkan pengakuan dari gladiator lain dan banyak orang. Antonius memberitahu bahawa dia pernah menjadi gladiator dan menyarankan Maximus bahawa dia harus "mendapatkan perhatian banyak orang" untuk memenangkan kebebasannya. Antonius membawa gladiatornya bertarung di Koloseum kerana Commodus telah mengatur pertarungan tersebut selama 150 hari.

Maximus pertama kali bertarung lengkap berketoponh sebagai gladiator di Koloseum sebagai seorang asal Carthage dalam adegan Pertempuran Zama. Tanpa diduga, Maximus memimpin timnya menuju kemenangan dan Commodus masuk ke Koloseum untuk mengucapan selamat kepadanya. dia memerintahkan Maximus, yang masih menyamar, sebagai pemimpin gladiator untuk menunjukkan dirinya dan memberikan namanya. Maximus kemudian membuka ketopongnya dan mendedahkan diri yang mahukan pembalasan. Commodus dipaksa oleh banyak orang untuk membiarkan para gladiator hidup dan Garda Praetoria muncul untuk menahan serangan para gladiator.

Pertarungan Maximus selanjutnya menjadi kemenangan atas gladiator yang tak terkalahkan dan legendaris. Commodus memerintahkan Maximus untuk membunuh gladiator tersebut, tetapi Maximus membiarkannya hidup sehingga dia disebut "Maximus yang Murah Hati" oleh banyak orang. Commodus murka melihat hal ini yang dianggap memalukan ini dan menghina Maximus tentang kematian keluarganya, tetapi Maximus berbalik dan meninggalkan pertarungan tersebut.

Maximus mengetahui dari Cicero mantan pengawalnya, bahawa mantan pasukannya tetap setia. Lucilla, kakaanda Commodus, Gracchus, seorang senator yang berpengaruh, dan Maximus bertemu secara diam-diam. Maximus akan melarikan diri dari Roma, bergabung dengan pasukannya, menggulingkan Commodus dengan kekuatan dan menyerahkan kekuasaan kembali ke Senat Romawi. Commodus mengetahui rencana tersebut dari Lucilla yang mengancamnya dan memiliki Garda Praetoria yang menangkap Gracchus dan menyerang barak gladiator. Antonius dan gladiatornya, termasuk Hagen, mengorbankan diri untuk membiarkan Maximus melarikan diri. Maximus ditangkap di tempat pertemuan dengan Cicero di mana Cicero dibunuh.

Commodus menantang Maximus untuk berduel di Koloseum. dia menusuk Maximus sebelum pertarungan dimulai untuk mendapatkan keuntungan. Maximus melucuti senjata Commodus di mana Garda Praetoria menolak untuk membantu Commodus. Commodus kemudian mendapatkan pisau yang tersembunyi, di mana Maximus mendorong pisau yang dipegang Commodus ke tenggorokannya hingga Commodus terbunuh. Maximus terluka parah dan sebelum dia meninggal, dia meminta reformasi politik agar sekutu gladiatornya dibebaskan dan agar nama Senator Gracchus dipulihkan. Teman-teman Maximus dan sekutunya menghormatinya sebagai "prajurit Roma" atas perintah Lucilla dan membawa tubuh Maximus keluar dari pertarungan, meninggalkan Commodus yang mati.

Juba mengunjungi Koloseum pada malam hari untuk menguburkan patung-patung isteri dan anak Maximus di tempat kematiannya, sambil itu dia berjanji untuk bertemunya dengan Maximus lagi (di alam berikutnya).

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Diinspirasikan oleh buku [Daniel P. Mannix 1958 Those About to Die (dahulunya bertajuk The Way of the Gladiator), skrip filem itu, yang pada mulanya ditulis oleh Franzoni, telah diperoleh oleh DreamWorks dan Ridley Scott menandatangani kontrak untuk mengarahkan filem itu. Fotografi utama bermula pada Januari 1999, sebelum skrip disiapkan, dan ditutup pada bulan Mei tahun itu, dengan adegan Rom Purba dirakam dalam tempoh sembilan belas minggu di Fort Ricasoli, Malta. Kesan imejan janaan komputer filem itu dicipta oleh syarikat pasca produksi British The Mill, yang turut mencipta badan berganda digital untuk baki adegan yang melibatkan watak Reed Proximo kerana kepada Reed yang mati akibat serangan jantung semasa pengeluaran.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Akademi ke-73
    • Filem Terbaik
    • Pelakon Ternaik (Russell Crowe)
    • Kesan Khas Terbaik
    • Rekaan Kostum Terbaik
    • Bunyi Terbaik
  • American Cinema Editors
    • Filem Disunting Terbaik – Drama
  • Art Directors Guild
    • Anugerah Kecemerlangan dalam Penghasilan Rekaan, Filem – Filem Tempoh atau Fantasi
  • Anugerah BAFTA
    • Sinematografi Terbaik
    • Suntingan Terbaik
    • Filem Terbaik
    • Penghasilan Rekaan Terbaik
  • Anugerah Golden Globe
    • Filem Terbaik - Drama
    • Skor Asal Terbaik – Filem
  • Las Vegas Film Critics Society
    • Rekaan Kostum Terbaik
    • DVD Terbaik
    • Suntingan Terbaik
    • Skor Terbaik
    • Kesan Khas Terbaik
  • London Film Critics Circle
    • Pelakon Tahunan (Russell Crowe)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gladiator – Cast, Crew, Director and Awards". The New York Times. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-07. Dicapai pada July 30, 2010.
  2. ^ "Gladiator". British Board of Film Classification. Dicapai pada June 20, 2021.
  3. ^ "Gladiator (2000)". American Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-04. Dicapai pada 25 June 2017.
  4. ^ "Gladiator (2000)". British Film Institute. 8 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-20. Dicapai pada 2018-02-15.
  5. ^ a b "Gladiator (2000)". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada August 7, 2018.
  6. ^ -eksklusif/ "Ridley Scott Kata Gladiator 2 Akan 'Bersedia Untuk Pergi' Selepas Filem Napoleon – Eksklusif" Check |url= value (bantuan). Dicapai pada 2021-11-15. Unknown parameter |laman web= ignored (bantuan)
  7. ^ Carra, Mallory (5 April 2015). "Who Plays Peter On 'A.D. The Bible Continues'? Adam Levy Is A Regular In The U.K. Theater Scene". Bustle. Dicapai pada 31 December 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]