Gliese 581 c

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gliese 581 c
Planet luar suria Senarai

Gliese 581 c dan bintangnya di Celestia.
Matahari kelihatan sebagai bintang bermagnitud 3.8
ke kanan dengan bengkokan buruj Taurus.
Bintang induk
Bintang Gliese 581
Buruj Libra
Jarak hamal (α) 15j 19m 26s
Keserongan (δ) −07° 43′ 20″
Magnitud ketara (mV) 10.55
Jarak20.3 ± 0.3 ly
(6.2 ± 0.1 pc)
Jenis spektrum M3V
Jisim (m) 0.31 M?
Jejari (r) 0.29 R?
Suhu (T) 3480 ± 48 K
Kelogaman [Fe/H] -0.33 ± 0.12
Umur 7 – 11 Gtahun
Unsur orbit
Epok JD 2451409.762[1]
Paksi semimajor(a) 0.072993 ± 0.000022[1] AU
Kesipian (e) 0[1]
Tempoh orbit(P) 12.9191 ± 0.0058[1] h
(0.03537 y)
    (310.06 j)
Min anomali (M) 33 ± 19[1]°
Semiamplitud (K) 3.30 ± 0.19[1] m/s
Ciri fizikal
Jisim minimum(m sin i)5.6 ± 0.3[1] M?
Maklumat penemuan
Tarikh penemuan April 4, 2007
24 April 2007 (diumumkan)
Penemu Stéphane Udry et al.
Kaedah pengesanan Halaju Jejari
Tempat penemuan Chile Balai Cerap La Silla
Status penemuan Sudah terbit
Designasi lain
HO Librae c, HO Lib c, BD-07°4003 c, GJ 581 c, HIP 74995 c, LFT 1195 c, LHS 394 c, LPM 564 c, LTT 6112 c, NLTT 39886 c, TYC 5594-1093-1 c, Wolf 562 c
Rujukan pangkalan data
Extrasolar Planets
Encyclopaedia
data
SIMBADdata

Gliese 581 c (IPA: [ˈgliːzə]) merupakan planet luar suria "super-bumi" yang mengelilingi bintang kerdil merah Gliese 581 [2]. Ia berada dalam zon yang boleh diduduki makhluk yang suhu permukaan planet membolehkan air berada dalam bentuk cecair [2][3] dan sesuai bagi kehidupan. Planet tersebut mempunyai jarak 20.5 tahun cahaya (~194 trilion km atau ~120 trilion batu) dari Bumi pada arah buruj Libra [4]. Bintangnya digelar Gliese 581 oleh kedudukannya dalam Katalog Bintang Berhampiran Gliese, dan ia merupakan sistem bintang ke-87 yang paling dekat dengan Bumi [5].

Gliese 581 c berkemungkinan merupakan planet luar suria yang mengandungi suhu permukaan yang menyerupai Bumi. Ia merupakan planet luar terkecil di turutan utama bintang yang dijumpai kini [2].

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Penemuan planet ini dilakukan oleh pasukan Stéphane Udry dari Balai Pencerap Geneva di Switzerland yang mengumumkannya pada 24 April 2007. Pasukan tersebut menggunakan HARPS (sebuah spektograf echelle) pada 3.6 m Teleskop Balai Pencerap Eropah Selatan di La Silla, Chile. Pasukan tersebut menggunakan teknik halaju jejari.

Pasukan tersebut telah menerbitkan kertas bertarikh 27 April 2007 yang akan diterbitkan dalam sebuah edisi jurnal Astronomi & Astrofizik [6]. Dalam kertas tersebut, mereka turut mengumumkan penemuan planet lain dalam sistem tersebut, Gliese 581 d, dengan jisim minimum 7.7 jisim Bumi dan paksi separa-major 0.25 unit astronomi.

Ahli astronomi mendakwa yang planet ini mampu menampung hidupan kerana ciri-cirinya yang hampir serupa dengan bumi. Mayor meramalkan pasukan penyelidik akan menemui tanda kewujudan makhluk di sana dalam masa dua dekad ini.

Planet yang diberi nama kod Gliese 581 c atau Super Bumi ini berkemungkinan mampu menampung hidupan dengan saiznya hampir sama dengan saiz bumi, 5 kali ganda lebih berat dari bumi, bersuhu sederhana (antara 0 - 40 darjah Celcius) dan mempunyai cecair. Jejari planet ini 1.5 kali jejari planet Bumi namun komponen udaranya tidak diketahui. Ahli-ahli astronomi Eropah tidak pasti sama ada planet itu berbatu seperti Bumi atau pun terdiri daripada bebola ais beku dengan air dalam bentuk cecair di permukaannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Vogt, S. S.; et al. (2010). "The Lick-Carnegie Exoplanet Survey: A 3.1 M_Earth Planet in the Habitable Zone of the Nearby M3V Star Gliese 581". arXiv:1009.5733 [astro-ph.EP].
  2. ^ a b c Than, Ker (2007-04-24). "Major Discovery: New Planet Could Harbor Water and Life". space.com. Dicapai pada 2007-04-29.
  3. ^ Than, Ker (2007-02-24). "Planet Hunters Edge Closer to Their Holy Grail". space.com. Dicapai pada 2007-04-29.
  4. ^ "New 'super-Earth' found in space". BBC News. 25 April 2007. Dicapai pada 2007-04-25. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ http://www.chara.gsu.edu/RECONS/TOP100.2007.0426.htm
  6. ^ Udry; dll. (2007). "The HARPS search for southern extra-solar planets, XI. An habitable super-Earth (5 M) in a 3-planet system" (PDF). Astronomy and Astrophysics. preprint: preprint. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)