Glock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Glock GmbH
Jenis Swasta
Industri Industri senjata
Ditubuhkan 1963[1]
Ibu pejabat Deutsch-Wagram, Austria
Perancang utama Gaston Glock, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif
Produk Senjata api
Pisau
Laman web http://www.glock.com

Glock GmbH (cap dagang GLOCK) merupakan sebuah pengeluar senjata yang berpusat di Deutsch-Wagram, Austria. Firma Glock dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Gaston Glock. Firma ini sangat terkenal dengan produk pistol berkerangka polimernya. Glock juga menghasilkan peralatan seperti pisau tempur dan peralatan kubu selain menjadi penaja bagi pasukan menembak yang mempromosi firma ini di seluruh dunia.

Senjata api buatan Glock telah digunakan oleh sebahagian besar agensi penguatkuasa dan anggota tentera di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Senjata api Glock juga sangat digemari oleh orang awam terutamanya untuk digunakan sebagai senjata perlindungan diri dan latihan menembak. Pada masa sekarang, Glock menghasilkan senjata tangan Model 35. Pasukan tentera pelbagai negara yang diketuai oleh A.S telah membekalkan pasukan tentera dan polis Iraq dengan pistol Glock.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat GLOCK telah ditubuhkan pada 1963,[1] dan bermula sebagai pengeluar rod tirai sebelum terlibat dalam industri senjata pada 1970-an dengan menghasilkan rantai mesingan, bom tangan latihan, kelopak plastik, pisau medan dan peralatan kubu untuk Tentera Darat Austria.[1] Pada awal 1980-an, apabila Tentera Darat Austria memohon model pistol, Glock telah membalas dengan model Glock 17,[2] sebuah pistol semi-automatik yang berkaliber 9 mm (no. 17 bermaksud pistol ini merupakan paten ke-17 milik Gaston Glock). Tentera Darat Austria kemudian mula menggunakan Glock 17 pada 1982[1] sementara Tentera Darat Norway mula menggunakannya pada 1984. Setahun kemudian, Glock Inc. telah ditubuhkan di Smyrna, Georgia Amerika Syarikat.

Produk[sunting | sunting sumber]

Pistol tangan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pistol Glock
Glock 22 dengan kerangka berwarna zaitun

Glock merupakan senjata api yang biasa digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang dan anggota tentera di seluruh dunia. Kepopularan pistol Glock disumbangkan oleh beberapa faktor. Berdasarkan maklum balas pengguna, pistol ini memiliki kebolehpercayaan yang tinggi. Ia masih boleh digunakan di bawah keadaan ektreme serta berupaya untuk menggunakan pelbagai jenis peluru. Rekabentuknya yang ringkas banyak menyumbang kepada faktor ini, terutamanya disebabkan ia memiliki jumlah bahagian-bahagian kecil yang kurang (hampir separuh daripada piston biasa yang lain) menjadikan ia lebih mudah diselenggara dan dibaiki.

Pisau[sunting | sunting sumber]

Glock Feldmesser FM 78

Glock kini mengeluarkan dua model pisau. Field Knife 78 yang merupakan sebuah pisau klasik, dengan bilah sepanjang 6.5 inchi (165 mm) dan panjang keseluruhan adalah 11.4 inch (290 mm). Survival Knife 81 memiliki panjang yang sama tetapi mata bergeriji telah ditambah di bahagian belakangnya. Kedua-dua pisau disadur dengan fosfat dan mempunyai sarung polimer yang berwarna zaitun, sawo matang (perang) dan hitam.[3]

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

Anak syarikat antarabangsa Glock kini adalah:

  • Glock America N.V. (Uruguay)
  • Glock France S.A.
  • Glock, Inc. (Amerika Syarikat)
  • Glock (H.K.) Ltd. (Hong Kong)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]