Glodok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Glodok
kelurahan
Peta Indonesia.
Peta Indonesia.
Bendera Glodok
Mohor rasmi Glodok
Cogan kata: "Bhinneka Tunggal Ika"  (Bahasa Jawa Kuno)
"Bersatu dalam kepelbagaian"

Ideologi: Pancasila
Lagu: Indonesia Raya
Fail:Indonesiaraya.ogg
CountryIndonesia Indonesia
Wilayah/Provinsi
DKI Jakarta
DKI Jakarta
DKI Jakarta
KotaFail:Lambang Jakarta Barat.png Jakarta Barat
Kecamatan (Daerah)Taman Sari
kelurahanGlodok
Pentadbiran
 • JenisRepublik
 • PresidenJoko Widodo
 • Naib PresidenMa'ruf Amin
Penduduk
 ()
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
11120

Glodok merupakan sebuah kelurahan yang terletak dalam (daerah) kecamatan Taman Sari, Kota Jakarta Barat, Provinsi DKI Jakarta, Indonesia.[1][2]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Glodok adalah 11120. Terdapat 8 buah desa di dalam daerah kecamatan Taman Sari.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Toponomi[sunting | sunting sumber]

Perkataan Glodok berasal daripada bahasa Sunda "Golodog", bermakna pintu masuk sebuah rumah, kerana Sunda Kalapa (di Jakarta) merupakan pintu masuk ke dalam Kerajaan Sunda kuno. Terdapata teori mengatakan bahawa nama itu berasal dari bunyi "grojok grojok", iaitu air yang keluar dari suatu sengkayan di halaman Cityhall (Stadhuis), kini Muzium Jakarta. Sengkayan ini telah dibina pada 1743 dan digunakan keperluan hari-hari seperti suatu lopak berair untuk kekuda.[3]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Di Batavia (kini Jakarta), kolonialisme Belanda telah mencipta tarikan komersial yang dapat menarik para pendatang dari banyak daerah di Indonesia. Aktiviti ekonomi ini juga telah menarik beribu-ribu orang Cina ke pulau Jawa. Penghijrahan yang deras telah mengakibatkan penggunaan infrastruktur yang terhad dalam zon bandar dan membebankan bandar raya. Perasaan cemas membesar apabila kerajaan kolonial cuba untuk mengetatkan kedatangan orang China melalui menghalau keluar.

Rusuhan Jakarta[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Oktober 1740, seramai 5,000 orang Cina dibunuh dan tahun berikutnya, penduduk Cina telah diam di perumahan sesak di Glodok di luar bandar.[4] Pada 1998, Glodok telah hancur ketika rusuhan berlangsung. Sesetengah orang "Peribumi" Indonesia telah menuduh orang Cina Indonesia yang dikelilingi oleh kekayaan negara, dan kerana sokongan besar orang Cina Indonesia yang tinggal di sana, Glodok mengalami keganasan yang teruk semasa Rusuhan Jakarta Mei 1998.

Tarikan pelancong[sunting | sunting sumber]

Pekan Cina[sunting | sunting sumber]

Sebagai pusat beli-belah, kebanyakan penjual di Glodok adalah orang Cina. Glodok adalah kawasan Pekan Cina ynag terbesar di Indonesia, dan salah satu Pekan Cina terbesar di dunia. Orang Cina berhijrah ke Jakarta sejak abad ke-17 sebagai pedagang dan pekerja buruh. Kebanyakan mereka datang dari wilayah Fujian dan Guangdong di China selatan. Berpustkan di Jalan Pintu Besar Selatan terdapat sebuah pusat komersial untuk komuniti Cina yang agak kaya. Assimilasi di antara orang Cina dan pribumi menciptakan suatu bahasa yang digelar bahasa Betawi.[5] Mengikut pentadbiran, kawasan ini adalah sebuah kelurahan di bawah Kecamatan Taman Sari, Jakarta Barat.

Pusat beli-belah[sunting | sunting sumber]

Glodok yang berjiran dengan Mangga Dua adalah salah satu pusat beli-belah terbesar di Asia tenggara. Ia bermula dari Jalan Pancoran ke Jalan Gunung Sahari dan mempunyai anggaran 500,000 m2. Selain jualan barangan elektronik, Glodok juga pasatrterbesar untuk pembelian kaset CP dan DVD.

Senarai pusat beli-belah:

  • Harco Glodok
  • Orion Plaza
  • Glodok Jaya
  • Glodok Makmur
  • Glodok Brustru
  • Metro Glodok
  • Hwi Lindeteves
  • Lindeteves Trade Centre
  • Pasar Pagi

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Ada banyak bas berkhidmat di Glodok yang diselia oleh TransJakarta, PPD, Mayasari Bakti, dan angkutan bandar yang lain. TransJakarta membuat perhentiannya di di perhentian bas Glodok. Para pelancong juga dapat mengembara ke Glodok dengan teksi dan KRL Jabotabek dengan mengambil perhentian di Stesen Jakarta Kota. Basikal atau Ojek Sepeda juga angkutan umum di Glodok.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kecamatan Taman Sari dalam Angka 2017" (dalam bahasa Indonesia). Badan Pusat Statistik Indonesia. 2017. Dicapai pada 16-12-2018. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 137 Tahun 2017 tentang Kode dan Data Wilayah Administrasi Pemerintahan" (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-19. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  3. ^ Dari ”Grojok” Menjadi Glodok[pautan mati kekal]
  4. ^ Witton, Patrick (2003). Indonesia. Melbourne: Lonely Planet. m/s. 138–139. ISBN 1-74059-154-2.
  5. ^ "Hikayat Kawasan Petak Sembilan". CNN Indonesia. Dicapai pada 9 October 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]