Goh Keng Swee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Goh.
Goh Keng Swee

Goh Keng Swee (nama Kristian: Robert,[1] Cina ringkas: 吴庆瑞Cina tradisional: 吳慶瑞pinyin: Wú Qìngruì; 6 Oktober 1918 – 14 Mei 2010)[2] merupakan Timbalan Perdana Menteri Singapura yang kedua.

Goh adalah anak lelaki kepada seorang keluarga yang kaya di Melaka. Ayahnya, Goh Leng Inn, adalah seorang pengurus ladang getah, manakala ibunya datang dari keluarga yang mengeluarkan ramai ahli politik terkenal di Malaysia, Tun Tan Cheng Lock dan anak lelaki beliau, Tun Tan Siew Sin, yang kemudian menjadi lawan politik bagi Goh.

Sejarah kehidupan[sunting | sunting sumber]

Pada awal karier beliau, Dr. Goh telah memenangi kerusi parlimen Kreta Ayer pada pilihanraya 1959. Pada pilihanraya 1963, beliau mengekalkan kerusi tersebut dan dilantik menjadi Menteri Kewangan Singapura ketika Singapura masih berada di dalam persekutuan Malaysia. Beliau merupakan menteri pertahanan Singapura pada tahun 1975 yang melancarkan RSS Sea Wolf secara rasmi bersama RSS Sea Dragon dan RSS Sea Lion di Pangkalan Tentera Laut Brani. Ahli parlimen dan anggota Angkatan Laut Republik Singapura turut serta menyaksikan peristiwa bersejarah ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Shy, quiet boy who loved books, Tan Siok Sun, 7 Jult 2007, The Electric Newspaper
  2. [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.