Goh Leong San

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Goh Leong San

吳良山
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Negeri Melaka
Dalam jawatan
19 Disember 2005 – 2018
Didahului olehSim Tong Him
Digantikan olehKhoo Poay Tiong
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Duyong
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehGan Tian Loo
Digantikan olehDamian Yeo Shen Li
Majoriti205
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Kesidang
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului olehKoh Nai Kwong (Tengkera)
Digantikan olehChin Choong Seong
Majoriti1,399
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Bandar Hilir
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehTey Kok Kiew
Digantikan olehChock Choon Sin
Majoriti356
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Tengkera
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehSim Tong Him (Tranquerah)
Digantikan olehKoh Nai Kwong (Kesidang)
Majoriti1,189
Butiran peribadi
Lahir (1967-11-15) 15 November 1967 (umur 56)
Melaka, Malaysia
Parti politikBebas (2017–kini) Parti Tindakan Demokratik (DAP) - Pakatan Harapan (1994 – 2017)
Anak-anak3
Alma materUniversiti Sains Malaysia (Bachelor of Science and Master of Science in Chemistry)
PekerjaanAhli Politician, Ahli Kimia dan Pengeluar Barangan Isi Rumah
Laman web rasmihttp://dapmalaysia.org/

Goh Leong San (lahir 15 November 1967) merupakan seorang ahli politik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas bagi kerusi Duyong di Melaka.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Melaka dan juga bekas ahli Komiti Eksekutif Pusat DAP. Goh juga pernah menjadi ADUN Kesidang, Bandar Hilir dan Tengkera sebelum bertanding dan memenangi kerusi DUN Duyong dalam pilihan raya umum 2013.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Goh telah dilahirkan pada (1967-11-15) 15 November 1967 (umur 56) di Melaka. Namanya iaitu Leong San mempunyai maksud dalam bahasa Cina iaitu "Wira Gunung Liang" di dalam Hikayat Pinggir Air, sebuah novel klasikal berbahasa Cina yang popular.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Goh menaiki jawatan Pengerusi DAP Negeri Melaka pada tahun 2005, mengantikan mentornya, Sim Tong Him. Goh mendapat 85 undi dalam satu pengundian dalaman yang panas dipertandingkan di mana telah memperlihatkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew mendapat undi yang terendah antara 15 calon, dan menyebabkan Chew hilang kerusi di dalam Jawatankuasa DAP Negeri Melaka sekaligus.[1] Chew telah "merasa sedih dengan keputusan itu", tetapi beliau menerima kekalahannya.[2] Namun, Teresa Kok, seorang ahli parlimen DAP, mencadangkan kemungkinan konspirasi di belakang kekalahan Lim dan Chew di dalam kempen pemilihan semula mereka.[3]

Pada 17 September 2015, Dr. Wong Fort Pin, seorang doktor yang juga pengerusi DAP cawangan Bukit Palah di Melaka telah berjaya mendakwa Goh dan Sim dalam saman fitnah dan memenangi RM300,000 sebagai ganti-ruginya.[4]

Goh dan Sim telah digantung selama satu tahun pada 16 Februari 2016, kerana dilaporkan telah bertindak mengaibkan parti.[5] Goh yang pada mulanya menyatakan telah bertukar menjadi seorang ADUN Bebas tetapi kemudiannya kepimpinan DAP menafikannya dan mengekalkan bahawa beliau masih tetap seorang anggota parti yang berada dalam penggangtungan.[6][7]

Pada 12 Februari 2017, Goh bersama dengan Sim, Ahli Parlimen DAP (Kota Melaka) dan dua lagi ADUN Melaka DAP iaitu Lim Jack Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong (Kesidang) telah mengumumkan perletakan jawatan mereka dari parti untuk menjadiwakil rakyat Bebas, dengan menyebut sebabnya adalah mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.[8]




Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Melaka: N.16 Tengkera, Melaka[9]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Majoriti
1995 Goh Leong San (DAP) 6,797 53.63% Lim Her Leng @ Lim Kok Jerk (MCA) 5,608 44.24% 2,451
1999 Goh Leong San (DAP) 7,618 56.36% Soon Tian Szu (MCA) 5,634 41.70% 1,984
Dewan Undangan Negeri Melaka: N22 Bandar Hilir, Melaka [9]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Majoriti
2004 Goh Leong San (DAP) 7,273 49.74% Chock Choon Sin (MCA) 6,917 47.31% 356
Parlimen Malaysia: P135 Alor Gajah [10][9]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Majoriti
2004 Goh Leong San (DAP) 7,372 18.74% Fong Chan Onn (MCA) 29,920 76.05% 22,548
Dewan Undangan Negeri Melaka: N19 Kesidang, Melaka[10][9]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Majoriti
2008 Goh Leong San (DAP) 7,241 54.34% Koh Nai Kwong (MCA) 5,842 43.84% 1,399
Dewan Undangan Negeri Melaka: N21 Duyong, Melaka[10][9]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Majoriti
2013 Goh Leong San (DAP) 7,997 49.98% Gan Tian Loo (MCA) 7,792 48.70% 205

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Guan Eng and wife voted out of Malacca DAP committee". The Star (Malaysia). 19 December 2005. Dicapai pada 13 November 2015.
  2. ^ "Betty upset over her ouster" Diarkibkan 2009-02-19 di Wayback Machine. (19 December 2005). The Star (Malaysia).
  3. ^ Beh, Lih Yi (19 December 2005). "Mr and Mrs Lim's defeat a 'conspiracy'". Malaysiakini.
  4. ^ "Doc wins suit against two Malacca DAP leaders". The Star (Malaysia). 17 September 2005. Dicapai pada 4 April 2016.
  5. ^ "Former DAP chief Goh Leong San declared an independent". The Star (Malaysia). 28 March 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  6. ^ "Isu Saudara Goh Leong San ADUN Duyung sebagai Bebas tidak wujud". DAP Malaysia. 28 March 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  7. ^ "ADUN Duyong Goh Leong San masih ahli DAP". Free Malaysia Today. 28 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-01. Dicapai pada 4 April 2016.
  8. ^ "Kota Melaka MP, three state reps leave DAP". The Malay Mail. 12 February 2017. Dicapai pada 15 February 2017.
  9. ^ a b c d e "undiinfo - Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai pada 3 April 2016.
  10. ^ a b c "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 25 January 2010. Includes results from the 2004 election. Percentage figures are calculated based on total turnout.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]