Gohtong Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gohtong Jaya merupakan bandar utama di Genting Highlands, Pahang, Malaysia. Ia dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong, pengerusi Genting Group.

Kawasan Gohtong Jaya mempunyai pelbagai kedai, rumah, pangsapuri dan kawasan komersial. Disana terdapat juga Kolej Antarabangsa INTI Genting. Gohtong Jaya juga terdapat beberapa hotel atau rumah peranginan salah satu yang terkenal adalah Hotel Seri Malaysia, Genting. Berdekatan Gohtong Jaya terdapatnya stesen kereta kabel Genting Skyway 3°24′29″N 101°45′53″E / 3.40804°U 101.76481°T / 3.40804; 101.76481 (terletak di sempadan negeri Selangor- Pahang), stesen ini merupakan stesen kereta kabel permulaan yang terendah sebelum kereta kabel mendaki ke puncak Genting Highlands, dimana Genting Highlands Resort terletak.

Taman Peringatan Gohtong pula terletak di kawasan pekan, dimana disinilah terletak tapak persemadian mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pengasas Genting Group.