Gokusen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gokusen
ごくせん
Manga
PengarangKozueko Morimoto
PenerbitShueisha
DemografikJosei
Majalah AsalYou
Tarikh PengeluaranOgos 23, 2000Februari 2007
Jilid15
Drama televisyen
Penyiaran AsalNippon Television
Tarikh tayanganApril 1, 2002Julai 3, 2002
Episod12
Filem aksi sebenar televisyen
Gokusen Special: Sayonara 3-nen D-gumi
Penyiaran AsalNippon Television
Dikeluarkan pada26 Mac 2008 (2008-03-26)
Siri televisyen anime
PengarahYuzo Sato
StudioMadhouse
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalNippon Television
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayanganJanuari 6, 2004Mac 30, 2004
Episod13
Drama televisyen
Gokusen 2
Penyiaran AsalNippon Television
Tarikh tayanganJanuary 15, 2005March 19, 2005
Episod10
Drama televisyen
Gokusen 3
Penyiaran AsalNippon Television
Tarikh tayanganApril 19, 2008Jun 28, 2008
Episod11
Filem aksi sebenar televisyen
Gokusen 3: Graduation Special 2009
Penyiaran AsalNippon Television
Dikeluarkan pada2009 (2009)
Filem aksi sebenar
Gokusen: The Movie
PengarahToya Sato (佐藤東弥)
Dikeluarkan pada11 Julai 2009 (2009-07-11)
Portal Anime dan Manga

Gokusen (Jepun: ごくせん) merupakan sebuah siri manga oleh Kozueko Morimoto. Cerita mengisahkan tentang Kumiko Yamaguchi, cucu bos yakuza dan guru di sekolah menengah swasta semua lelaki. Pada 2008, sebuah manga SP dikeluarkan, memaparkan beberapa pelajar lama Yankumi (Kumiko) yang kini bekerja dewasa.

Pada tahun 2002, manga disesuaikan menjadi drama televisyen dengan Yukie Nakama sebagai pelakon utama. Siri kedua dihasilkan pada tahun 2005. Adaptasi anime disiarkan di Nippon Television dari 6 Januari 2004 hingga 30 Mac 2004.

Musim ketiga siri (drama) disiarkan sebagai Program Ulang Tahun ke-55 Nippon Television pada tahun 2008.

Sebuah filem sebagai sebahagian daripada drama itu telah dikeluarkan di teater Jepun pada 11 Julai 2009.[1]

Versi drama sangat popular di Malaysia pada sekitar 2000-an hingga 2010-an.[2]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Gokusen mengisahkan seorang guru perempuan bernama Yamaguchi Kumiko yang juga merupakan cucu perempuan kepada seorang ketua yakuza serta pewaris utama kumpulan yakuza tersebut berikutan kematian kedua-dua ibu bapanya. Walaupun hajatnya untuk menjadi seorang guru direstui oleh datuknya, pengikut-pengikutnya tetap mahukan Kumiko untuk menjadi pengganti datuknya itu.

Kumiko (juga dikenali sebagai "Yankumi" di kalangan pelajar-pelajarnya) menjadi guru di sebuah sekolah menengah swasta. Dia menjadi guru kelas di sebuah kelas yang dipenuhi pelajar samseng, Sebagai mana kisah "guru berdedikasi" yang lain seperti Great Teacher Onizuka, Kumiko bukan sahaja mengajar ilmu akademik di dalam kelas, malah turut mengajar anak muridnya mengenai erti kehidupan. Walaupun dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar keluarganya daripada pengetahuan umum, statusnya sebagai pewaris ketua yakuza sering memberikannya kekuatan dalam menghadapi masalah, tetapi selalunya membentuk sebahagian unsur komedi.

Drama[sunting | sunting sumber]

Pelakon drama[sunting | sunting sumber]

Ahli Kelas 3D - Minami, Kuma, Shin, Uchi & Noda dalam drama aksi langsung

Pelakon jemputan[sunting | sunting sumber]

  • Tanaka Koutaro sebagai Watanabe dari Sekolah Tinggi Ara (ep2)
  • Wentz Eiji sebagai Yuki Masato (ep 6)
  • Ichikawa Yui sebagai Sawada Natsumi (ep 7)
  • Tsukamoto Takashi (ep 9)
  • Tanaka Kei (ep 10)
  • Musaka Naomasa sebagai Kuma's Father (ep 11)
  • Hiraizumi Sei sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Shirokin (ep 12)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "9 J-Dramas for K-Drama Fans to Start Watching | Viu". Viu (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 2017-10-23.
  2. ^ "5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu – Mensive". Mensive. 2016-08-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-26. Dicapai pada 2018-01-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]