Goleo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:GoleoVI.JPG
Goleo VI bersama-sama Pille adalah maskot rasmi Pesta Piala Dunia FIFA 2006

'Goleo VI ataupun dipanggil sebagai Goleo sahaja adalah maskot rasmi yang digunakan untuk kejuaraan Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Goleo adalah seekor singa, dan selalunya ditampilkan bersama-sama pasangannya Pille. Pille pula adalah sebiji bola sepak yang boleh berbicara.

Goleo memakai jersi bola sepak dengan nombor "06", untuk melambangkan kejuaraan Piala Dunia FIFA 2006. Goleo tidak memakai seluar. Kostum Goleo dihasilkan oleh syarikat Jim Henson pada harga sekitar €250,000.

Goleo ditampilkan kepada media dunia oleh Pele dan Franz Beckenbauer pada 13 November 2004 .

Walaupun menjadi maskot yang popular, ada pihak, umpamanya pereka terkenal Erik Spiekermann, yang membuat kritikan kerana Goleo bukannya satu ikon yang berasal dari Jerman. Ikon singa juga menjadi lambang pasukan England, salah satu pasukan pesaing dalam kejuaraan Piala Dunia FIFA 2006. Selalunya ikon yang dikaitkan dengan Jerman adalah burung helang.

Nama Goleo sendiri boleh ditafsirkan sebagai The Goleo! Dalam Bahasa Sepanyol yang bermakna “saya menjaringkan banyak gol” ("I score a lot of goals!") ataupun sebagai "Go Leo!" dalam Bahasa Inggeris.