Gombak
| Daerah Gombak | |
|---|---|
| ڬومبق | |
| Geografi | |
| Status | Daerah |
| Asal nama | N/A |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Daerah Gombak |
| Keluasan | N/A |
Gombak merupakan salah satu daerah di negeri Selangor yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :
- Sebahagian Mukim Ampang - Peralihan daripada daerah Hulu Langat
- Mukim Ulu Klang - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
- Sebahagian Mukim Setapak - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
- Sebahagian Mukim Batu - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
- Mukim Rawang - Peralihan daripada daerah Hulu Selangor & Kuala Selangor
Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :
- Daerah Hulu Selangor di sebelah Utara
- Wilayah Persekutuan dan Daerah Hulu Langat di sebelah Selatan
- Daerah Kuala Selangor di sebelah Barat
- Daerah Petaling di sebelah Barat Daya
- Negeri Pahang Darul Makmur di sebelah Timur laut
Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah- daerah lain dalam Negeri Selangor.
Isi kandungan |
Mukabumi [sunting]
Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit- bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai- sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Batu dan sungai Buloh.
Pentadbiran [sunting]
Dari segi pentadbiran pengurusan, Daerah Gombak dibahagikan kepada 5 Mukim dan kampung-kampung. Mukim Rawang I merupakan mukim terbesar diikuti pula oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. Daerah Gombak ditadbirkan oleh 1 Pegawai Daerah, 5 orang penghulu dan 1 pegawai kemajuan kampung baru. Terdapat 50 buah kampung di daerah Gombak ini, ia terdiri daripada 19 buah Kampung Tradisional, 26 buah Kampung Penempatan(14 Melayu dan 12 Penempatan) dan 5 buah Kampung Cina.
Mukim [sunting]
- Mukim Batu
- Mukim Ulu Kelang
- Mukim Rawang
- Mukim Setapak
- Bandar Batu Arang
- Bandar Kuang
- Bandar Rawang
- Bandar Gombak Setia
- Bandar Ulu Kelang
- Bandar Kepong
- Bandar Kundang
- Bandar Selayang
- Bandar Sungai Buloh
- Bandar Sungai Pusu
- Pekan Batu 20
- Pekan Kuang
- Pekan Mimaland
- Pekan Pengkalan Kundang
- Pekan Sungai Buloh
- Pekan Templer
Sempadan Parlimen dan DUN di Daerah Gombak [sunting]
Parlimen [sunting]
Terdapat tiga Parlimen di daerah Gombak:
- P90 Selayang
- P98 Gombak
- P107 Subang (berkongsi dengan daerah Petaling)
- P99 Ampang Jaya
Dewan Undangan Negeri [sunting]
- N13 Rawang
- N14 Templer
- N15 Paya Jaras
- N16 Batu Caves
- N17 Gombak Setia
- N18 Hulu Kelang
- N19 Ampang Jaya
Tempat menarik [sunting]
- Batu Caves
- Royal Selangor Pewter
- Hutan Lipur Sungai Tua
- Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Kem Modal Insan Kewaja Taman Seri Gombak
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Sekolah Menengah [sunting]
- Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak [1]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat (SMART)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang (SMK Hulu Kelang)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak
- Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Height
- Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
- Sekolah Menengah Teknik Gombak
- Sekolah Menengah Teknik Selangor, Sungai Buloh
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
Sekolah Rendah [sunting]
- Sekolah Kebangsaan Taman Samudera
- Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
- Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis
- Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak
- Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2
- Sekolah Rendah Agama Al-Kauthar, Taman Seri Gombak
- Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat
- Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang
- Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi (SETIABUDI)
Pautan luar [sunting]
- Majlis Perbandaran Selayang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat
- Pejabat Daerah/Tanah Gombak
- Pejabat Daerah/Tanah Gombak
- SMK Lembah Keramat
- http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
