Good Delivery

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jongkong emas Good Delivery seberat 400 auns Troy
Jongkong perak Good Delivery seberat 1000 auns Troy

Spesifikasi Good Delivery adalah satu set peraturan mengenai ciri-ciri fizikal sebatang emas atau perak yang sesuai dengan peraturan pengirimanan barangan untuk jongkong emas atau perak diterbit oleh London Bullion Market Association (LBMA).[1] Jongkong Good Delivery adalah jongkong emas yang biasanya digunakan di pasar antarabangsa utama dan rizab emas kerajaan, bank pusat dan IMF.[2][3]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi Good Delivery ini terkandung dalam dokumen LBMA bertajuk The Good Delivery Rules for Gold and Silver Bars: Specifications for Good Delivery Bars and Application Procedures for Listing. Jongkong yang kelihatan serupa dengan piawai tetapi tidak mengikutnya dikehendaki dicap dengan NGD untuk membezakan mereka dari jongkong Good Delivery.[3]

Jongkong emas[sunting | sunting sumber]

  • Ketulenan: minimum 995.0 bahagian per seribu emas
  • Tanda: nombor siri, cap kempa penapis, ketulenan, tahun pengilangan
  • Kandungan emas: 350 oz t - 430 oz t
  • Matra disyorkan
    • Permukaaan atas: 255 × 81 mm
    • Permukaaan bawah: 236 × 57 mm
    • Ketebalan: 37 mm

Jongkong perak[sunting | sunting sumber]

  • Ketulenan: minimum 999.0 bahagian per seribu perak
  • Tanda: nombor siri], cap kempa penapis, ketulenan, tahun pengilangan, berat (pilihan)
  • Kandungan perak: 750 oz t - 1100 oz t (900 oz t - 1050 oz t disyorkan)
  • Matra disyorkan
    • Panjang: 250 - 350 mm
    • Lebar: 110 - 150 mm
    • Tinggi: 60 - 100 mm

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. London Good Delivery, goldavenue.com, Mei 2010, diperolehi pada 23 September 2010 
  2. Information About Gold Bars, taxfreegold.com, Mei 2010, diperolehi pada 22 September 2010 
  3. 3.0 3.1 The Good Delivery Rules for Gold and Silver Bars, LBMA, Mei 2010, diperolehi pada 21 September 2010 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]