Googleplex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pintu masuk ke lobi Bangunan 40

Googleplex merupakan ibu pejabat syarikat Google, Inc. yang terletak di 1600 Amphitheatre Parkway di Mountain View, Wilayah Santa Clara, California, berhampiran San Jose. Nama Googleplex adalah permainan kata, sebuah portmanteau daripada Google dan complex, dan merujuk pada googolplex, nama yang diberikan pada angka berjumlah besar.

Kemudahan dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Empat bangunan inti, seluas 506,317 ka² (47,038 m²), dibangun untuk dan ditempati oleh SGI. Kemudian disewa oleh Google pada 2003.[1] Pada bulan Jun 2006, Google membeli harta tanah ini dari Silicon Graphics senilai $319 juta.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Googleplex terletak antara Charleston Road, Amphitheatre Parkway, dan Shoreline Boulevard di utara Mountain View, California dekat tanah lembab Shoreline Park.

Laman Googleplex

Bangunan dekat Googleplex meliputi Plaza ALZA dan Mozilla Foundation di barat; Shoreline Amphitheatre di utara; Intuit di barat laut dan Century Theatres, kompleks penyelidikan Microsoft di Silicon Valley, dan Muzium Sejarah Komputer di selatan. Lapangan Terbang Moffett terletak di timur.

Pada bulan September 2007, NASA menyatakan bahwa para pendiri Google telah mendapat kebenaran menggunakan Lapangan Terbang Moffett untuk Boeing 767 mereka dan dua Gulfstream V dengan membayar $1.3 juta dan membenarkan NASA menggunakan pesawat itu untuk kepentingan penyelidikan saintifik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Olsen, Stefanie (2003-07-13). "Google's movin' on up". CNET News.com. CNET Networks, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-05. Dicapai pada 2007-01-04.
  2. ^ Mills, Elinor (2006-06-14). "Google buying its Mountain View, Calif., property". CNET News.com. CNET Networks, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-08. Dicapai pada 2007-01-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 37.421844° N 122.084026° W