gpsim
| Pengarang asal | Scotte Dattalo |
|---|---|
| Keluaran stabil | 0.26.1 / 2011-04-27 |
| Ditulis dalam | C++ |
| Sistem pengendalian | Linux, Windows (gpsimWin32) |
| Terdapat dalam | Inggeris |
| Jenis | Perisian simulasi |
| Tapak web | gpsim.sourceforge.net/gpsim.html |
gpsim ialah sebuah perisian simulasi untuk mikropengawal PIC Microchip yang pada asalnya ditulis oleh Scotte Dattalo.[1] Ia diedarkan di bawah Lesen Awam GNU dan ditulis menggunakan C++. gpsim terdiri daripada antara muka pengguna grafik (GUI) dan antara muka baris perintah di mana GUInya menggunakan pustaka GTK+.
gpsim telah direka bagi ketepatan yang merangkumi keseluruhan PIC - dari teras hinggalah ke pin I/O dan termasuk kesemua persisian dalaman. Ini membolehkan ransangan (stimuli) dicipta lalu menyambungnya dengan pin I/O lantas menguji PIC sama seperti di dunia nyata.[2]
Perisian ini boleh digunakan di Windows menggunakan sebuah port yang dicipta oleh Borut Ražem dipanggil gpisimWin32.
Isi kandungan |
Ciri[sunting]
gpsim menyediakan banyak ciri bagi menyediakan persekitaran simulasi yang bagus baik bergrafik mahupun tidak. Bahagian ini menyenaraikan antara antara ciri yang disediakan oleh gpsim.
Breadboard[sunting]
Breadboard ialah GUI yang digunakan untuk memaparkan susun atur litar secara grafik. Dengannya, pengguna boleh menambah dan membuang komponen kepada litar secara grafik serta membuat sambungan antara komponen-komponen tadi. Ciri ini bagaimana pun tidak semoden seperti yang ada pada perisian simulasi yang serupa dengannya seperti KTechLab.
Antara muka baris perintah[sunting]
Antara muka baris perintah untuk gpsim membolehkan penggunanya mengawal dengan menulis perintah pada antara muka ini.[3]
Pembelek kod sumber[sunting]
Pembelek kod sumber menyediakan paparan GUI untuk melihat kod-kod sumber bagi PIC. Ia menyediakan tab supaya banyak kod sumber dapat dibuka dalam satu tetingkap sahaja. Selain itu, ia turut menyediakan penyerlahan sintaks untuk bahasa himpunan PIC.
Rujukan[sunting]
- ↑ "Simulators". GNU Pic "Free Microcontroller Software Tools". GNU PIC. http://www.gnupic.dds.nl/simulators.html. Capaian 2012-09-25.
- ↑ http://gpsim.sourceforge.net/gpsim.html
- ↑ "gpsim". 17 April 2011. http://gpsim.sourceforge.net/gpsim.html.LyXconv/gpsim.html. Capaian 9 April 2013.