Graben

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar rajah graben dan hors (horst).

Dalam geologi, graben merupakan bongkah tanah yang melekuk atau jatuh di antara dua sesaran selari. Perkataan graben berasal daripada bahasa Jerman yang membawa maksud "parit" atau "longkang". Hasil daripada graben adalah sebuah lembah dengan tubir yang berbeza pada setiap sisi. Graben sering berlaku bersama-sama dengan hors. Struktur graben dan hors menunjukkan kuasa tegangan dan peregangan kerak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • McKnight, Tom L; Hess, Darrel (2000). "The Internal Processes: Graben". Physical Geography: A Landscape Appreciation. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. halaman 417. ISBN 0-13-020263-0.