Graf bar berganda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Graf

1. Graf digunakan untuk menyampaikan dan memaparkan maklumat dan data dengan jelas dan tepat.

2. Data dan maklumat dalam bentuk graf lebih mudah dibaca, dikenalpasti dan ditafsirkan.

3. Terdapat beberapa jenis graf seperti graf bar dan graf garisan.

4. Sebelum menghasilkan graf, maklumat dan data perlulah disusun terlebih dahulu dalam bentuk jadual.


1. Kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik, membuat bancian dan rujukan digunakan untuk mengumpul maklumat dan data.

2. Maklumat dan data yang dikumpulkan perlu disusun dalam jadual untuk memudahkan pentafsiran.

3. Untuk mendapatkan maklumat dengan tepat, maklumat dan data daripada borang soal selidik perlu direkodkan dengan betul.

4. Sebelum soalan borang soal selidik dibentuk, pelajar perlu membuat beberapa persediaan seperti :

(a) Kenal pasti maklumat atau unsur yang hendak dikaji.

(b) Bina jadual yang sesuai untuk merekodkan data yang diperoleh.

(c) Gunakan tanda gundal untuk merekodkan data.

Panduan Mengumpul Maklumat dan Data (Contoh Tingkatan 2 Pintar)

1. Bilangan pelajar Tingkatan 2 Pintar dikenal pasti terlebih dahulu.

2. Berdasarkan data yang diperoleh, jadual yang mempunyai ruangan yang sesuai dibina. Rujuk jadual 1

3. Maklumat tentang cara pelajar Tingkatan 2 Pintar mengikut jantina datang ke sekolah dikumpulkan.

4. Maklumat yang diperoleh direkodkan dalam jadual menggunakan tanda-tanda gundal. Rujuk jadual 2.

5. Jadual dilengkapkan dengan tepat seperti tajuk yang sesuai.


Graf Bar Berganda

1. Graf bar berganda adalah graf bar yang mempunyai lebih daripada satu bar dalam setiap komponen.

2. Graf bar berganda digunakan untuk menunjukkan perbandingan di antara dua jenis maklumat atau lebih.

3. Perbandingan ini dilakukan dalam graf bar yang sama.