Graviti permukaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perbandingan antara jisim permukaan beberapa jasad Sistem Suria[1]
Nama Graviti
permukaan
Utarid 0.38
Zuhrah 0.90
Bumi 1.00
Bulan 0.165
Marikh 0.38
Musytari 2.53
Zuhal 1.07
Uranus 0.89
Neptun 1.14
Pluto 0.067

Graviti permukaan, g merupakan suatu pecutan graviti yang dialami pada permukaan suatu jasad ilmu falak atau jasad lain. Graviti permukaan boleh dianggap sebagai pecutan yang disebabkan oleh graviti yang dialami oleh zarah ujian berhipotesis di mana jaraknya sangat dekat dengan permukaan objek. Agar tidak mengganggu sistem tersebut, jisim jasad tersebut diabaikan.

Graviti permukaan diukur dalam unit pecutan di mana dalam sistem unit SI ialah meter per saat kuasa dua. Ia mungkin diungkapkan sebagai gandaan kepada graviti piawai Bumi, g = 9.80665 m/s2.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Isaac Asimov (1978). The Collapsing Universe. Corgi. m/s. 44. ISBN 0-552-10884-7. 
  2. p. 29, Sistem Unit Antarabangsa (SI), ed. Barry N. Taylor, NIST Special Publication 330, 2001.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]