Gravity Falls
| Gravity Falls | |
|---|---|
| Genre | Komedi / Pengembaraan |
| Format | Siri animasi |
| Pencipta | Alex Hirsch |
| Pelakon suara | Jason Ritter Kristen Schaal Alex Hirsch |
| Lagu pembukaan | Gravity Falls Again |
| Lagu penutup | The Gravity Song |
| Komposer | Dan Cantrell Brad Breeck |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bilangan musim | 1 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Alex Hirsch |
| Tempoh siaran | 22 minit |
| Syarikat penerbitan | Amazon Entertainment Disney Television Animation |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Disney Channel |
| Format gambar | 480i (SDTV) 720p (HDTV) |
| Siaran asal | Jun 2012[1] |
Gravity Falls ialah siri televisyen beranimasi Amerika oleh Alex Hirsch (yang pernah menulis siri kartun The Marvelous Misadventures of Flapjack dan Fish Hooks). Episod pertama siri ini telah disiarkan sebagai pratonton pada 15 Jun 2012 dan kemunculan rasminya dibuat pada 29 Jun 2012. Siri ini mula disiarkan di Malaysia pada 27 Oktober 2012. Siri ini dikelaskan sebagai TV-Y7.
Plot [sunting]
Siri ini mengisahkan tentang pengembaraan dua orang adik-beradik kembar berusia 12 tahun, Dipper dan Mabel Pines. Mereka dihantar oleh ibu bapa mereka untuk tinggal bersama Great Uncle Stan di Gravity Falls, Oregon sepanjang cuti musim panas. "Grunkle" Stan menetap dan bekerja di Mystery Shack, sebuah muzium dan perangkap pelancong, di mana para pelancong dikenakan bayaran berlebihan untuk melawat muzium paling aneh di dunia. Namun, kejadian-kejadian aneh benar-benar berlaku di bandar ini, dan Dipper dan Mabel bersama-sama merungkai rahsia di sebalik Gravity Falls.
Keluaran antarabangsa [sunting]
| Negara / Rantau | Saluran | Tayangan perdana siri | Tajuk di negara |
|---|---|---|---|
| Family | Jun 2012 | Gravity Falls | |
| Disney Channel |
Rujukan [sunting]
- ↑ BETTER GRAB SOME SUNGLASSES, THE FUTURE AROUND HERE IS BRIGHT, Disney Channel Medianet