Grumman TBF Avenger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Grumman TBF Avenger (designasi TBM buat pesawat yang dibina General Motors) ialah sebuah pengebom torpedo yang pada asalnya dibina untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin, akan tetapi kemudian digunakan dalam banyak angkatan udara dan laut di seluruh dunia.

Avenger mula berkhidmat dalam tentera AS dalam tahun 1942, mula-mula terlibat dalam aksi semasa Pertempuran Midway. Walaupun lima daripada enam pesawat ini hilang semasa pertempuran sulungnya, pesawat TBF/TBM Avenger kekal berkhidmat dan menjadi satu daripada pengebom torpedo terbaik dalam Perang Dunia Kedua. Diubah suai selepas Perang, pesawat ini terus digunakan sehingga tahun 1960-an.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wheeler 1992, p. 53.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.