Grup Gerak Khas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grup Gerak Khas
ڬروڤ ڬرق خاص
Fail:(GGK) Insignia.svg
GGK Insignia
Aktif25 Februari 1965 - Nukleus Pertama
7 Mei 1965 - Malaysian Special Service Unit (MSSU)
1 Ogos 1970 - Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGKM)
NegaraMalaysia
CawanganAngkatan Tentera Malaysia
JenisPasukan Elit
PerananPasukan Anti Pengganas
SaizSulit
Sebahagian daripadaTentera Darat Malaysia
Pasukan Operasi Khusus Malaysia
PangkalanKem Iskandar, Mersing, Johor
MotoCepat dan Cergas
WarnaHijau Terang (Beret)
PertempuranInsurgensi Kedua
Ops Subuh
Pasar Bakhara, Bulatan K4, Mogadishu, Somalia
UNPROFOR, Balkan
Insiden Genting Sempah
MALCON - UNIFIL 2007
Komander
Panglima GGKMejar Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah
Kolonel RejimenDYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Grup Gerak Khas (GGK) adalah satu pasukan khas utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang di Melaka dan Mersing di Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula ketika konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.

Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :

  1. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (12036)(Kolonel Bersara)
  2. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (12212)(Mejar Jeneral Bersara)
  3. Leftenan Muda Ghazali bin Ibrahim (12264)(Mejar Jeneral Bersara)
  4. Leftenan Muda Hussin bin Awang Senik (12276)(Kolonel Bersara)
  5. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamed (Bersara PW I)
  6. 300152 Sarjan Anuar bin Talib (Bersara PW II)
  7. 4861 Sarjan Zakaria bin Abbas (Bersara S/Sjn)
  8. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
  9. 202072 Koperal Silva Dorai (Bersara S/Sjn)
  10. 203712 Koperal Moo Kee Fah (Bersara PW II)
  11. 10622 Koperal Sabri bin Ahmad (Bersara PW II)
  12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Mohd Sirat (Bersara PW II)

Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.

Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Pemerintah Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.

Anggota 11 Rejimen Gerak Khas dalam sesi latihan tempur jarak dekat. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.

GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.

Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970, Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk. Walaupun GGK telah mendapat kredit pada 1971 tetapi keanggotaannya masih menjadi milik kor masing-masing. Situasi ini menyebabkan masalah bagi merancang kerjaya anggotanya. Untuk mengatasi masalah ini, sukarelawan yang di buang dari senarai untuk menyertai Regimen Khas. Pada 1973, kor telah ditugaskan kepada 6 pegawai.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Anggota 11 RGK lengkap dengan kelengkapan yang hampir menyamai 22 SAS British.

Kem Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai "Markas Komando". Ia telah berjaya menarik minat ramai sukarelawan dari regimen lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang bertanggung jawab mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti termasuk sukan dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan GGK terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti British, New Zealand, Australia dan juga Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengetahuan dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam operasi khas.

Dalam rancangan malaysia Ke-3 dan penambahan pasukan bersenjata, Pusat Latihan Perang Khas (PULPAK) telah dibina pada 1 Januari 1977. Fungsi utama adalah untuk memastikan keperluan latihan untuk pasukan khas dipenuhi. Selepas itu, Regimen kedua GGK telah dibentuk. Kesemua tiga unit menjadikan Kem Sungai Udang, Melaka sebagai tapak. Pada 1979, Pusat Latihan telah siap sepenuhnya dan Kolonel Borhan bin Ahmad menjadi Komandan bagi pusat latihan khas ini.

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Grup Gerak Khas dibekalkan dengan kelengkapan dan teknologi bagi semua unit elit Malaysia. Kelengkapan GGK bukan sahaja terdiri daripada sistem persenjataan biasa, tetapi turut dibekalkan dengan beberapa model baru. Jadual di bawah adalah senarai persenjataan yang diketahui umum. Grup Gerak Khas juga mempunyai sejumlah besar aset persenjataan pelbagai jenis yang dirahsiakan.

Data Senjata Ringan
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal / Karbin Anti Material Penembak Tepat Mesingan
Beretta M92FS Franchi SPAS-12 HK MP5A2 Colt M4a1 Barrett M95 AI - AW Mesingan Mark 48
Colt M1911 Remington M1100 HK MP5K Colt M16A1 Model 653 HK G3/SG-1 RPK-74
Glock 17 Remington M870 HK MP5K-A5 Sg 553 sow HK MSG-90 FN Minimi
Glock 19 HK MP5SD2 Steyr AUG Unique Alpine TPG-1 M60E3
Glock 26 Sako trg 22
Sig Sauer P226
Vektor SP1
Yavuz 16 Compact


Data Pelancar Grened, Anti Kereta Kebal dan Anti Pesawat
Pelancar Grened Negara Anti Kereta Kebal Negara Anti Pesawat Negara
M79  Amerika Syarikat AT-4  Sweden
M203  Amerika Syarikat Carl Gustav  Sweden

Insignia[sunting | sunting sumber]

Motto Rejimen
Cepat Dan Cergas
Lambang Rejimen
Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.
Beret Hijau
Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.
Lanyard Biru
Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.

Tanggungjawab[sunting | sunting sumber]

Anggota pasukan elit Grup Gerak Khas dengan kenderaan taktikal semasa perbarisan.

Grup Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.

Rejimen Gerak Khas

Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yang dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.

DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG

Kursus asas komando dibahagikan kepada 4 peringkat utama iaitu:

1)LATIHAN PEMANAS BADAN 2)IKHTIAR HIDUP 3)LAUT 4)UJIAN AKHIR

LATIHAN PEMANAS BADAN Ujian pemanas badan atau lebih dikenali sebagai peringkat kem berlangsung di Kem Sg Udang selama 5 minggu. Latihan di sini disebut pemanas badan untuk pelatih bersedia menghadapi latihan di peringkat seterusnya yang mungkin lebih mencabar. Pelatih akan diperkenalkan dengan kehidupan seorang komando dan dididik agar tidak kenal erti belas kasihan, terutamanya kepada musuh. Beberapa kemahiran rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya seperti abseiling dari menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini, pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga tidak dibenarkan mandi. Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi berkhasiat. Sementara latihan fizikal pula ialah:

1)Larian jarak jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2 sesi iaitu siang dan malam, tidak melebihi 12jam.(Jumlah larian 152km) 2)Jalan lasak/laju 25km 3)Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi(138km), juga dalam 2 sesi dan dalam masa yang ditetapkan.(Jumlah perjalanan 276km)

IKHTIAR HIDUP Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan kawasan hutan dan paya. Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam kebanyakan kursus komando. Ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi. Tidak disediakan makanan. Pelatih diajar dan seterusnya berusaha untuk mencari makanan sendiri di kawasan sekeliling untuk terus hidup. Khemah juga tidak disertakan bersama. Pelatih hanya tidur di kawasan-kawasan selamat seperti di atas pokok. Latihan teknik ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu peperangan hutan didedahkan. Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90km juga diwajibkan. Sebelum latihan di paya, sekali lagi pelatih akan mengharungi perjalanan pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160km (tidak boleh lebih dari 3 hari) Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti berjalan kecuali buang air dan makan. Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti disapu dengan lumpur bagi tujuan mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di paya. Teknik bekukan kedudukan,operasi dan asas pertempuran di kawasan paya diajarkan. Tidak ketinggalan, ikhtiar hidup. Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih juga perlu membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.

LAUT Pelatih akan dibawa kembali ke Kem Sg Udang untuk memulakan peringkat laut selama 2 minggu. Kemahiran paling asas yang diajarkan di sini ialah berenang di dasar laut, drown proofing dan teknik menahan nafas. Lain-lain seperti ikhtiar hidup laut, isyarat kod morse dan pertempuran di dasar dan permukaan. Aktiviti berkayak dengan kanu sejauh 20km dan pandu arah laut hanya 10km. Peringkat laut merupakan ujian paling ringan dalam kursus asas komando.

UJIAN AKHIR Setelah kesemua peringkat diharungi, maka tamatlah sesi pembelajarannya. Tiba masanya untuk para pelatih menghadapi ‘ujian’ untuk dinilai apakah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelumnya dengan sebaik mungkin. Terlebih dahulu pelatih akan diberi taklimat secukupnya untuk persediaan ujian akhir ini. Ia akan lebih bersifat realistik. Ia dipecahkan kepada 3 peringkat utama:

Peringkat perjalanan/Air gelap Maksud perjalanan di sini ialah perjalanan menuju ke kawasan operasi. Biasanya ia mengikut jalan sungai. Pelatih akan bertolak pada waktu malam dengan menggunakan kanu. Jarak perjalanan ini tidak tetap, mengikut berapa panjangnya anak sungai.

Peringkat operasi Tiba dikawasan operasi yg telah dikenal pasti, pelatih akan membuat satu serangan ke atas kubu musuh tersebut. Serangan itu sama seperti demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali ini skalanya lebih besar dan kompleks.

Peringkat pelarian Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih dipaksa sekeras-kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan. Mereka perlu melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh jurulatih yang bertindak sebagai musuh (bersenjata). Proses pembolosan ini dipanggil Escape & Evasion (E&E). Jarak pelarian biasanya mencecah 200km untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan. Sekiranya pelatih dapat dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak sebagai musuh tadi akan mendera dan menekan mental pelatih supaya membocorkan maklumat rakan-rakan pelatih lain yang berjaya mengelakkan diri. Sekiranya pelatih memberitahu apa-apa rahsia, maka beliau akan gagal keseluruhan kursus dan tidak layak memakai beret hijau. Ini disebabkan pelatih tersebut tidak tahan akan seksaan yang dikenakan. Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan bagaimana pula nak menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit, bahkan sampai meragut nyawa. Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di bawah & lain-lain. Sebagai tambahan, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi jurulatih dalam latihan penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh menyeksa rekrut sehingga menyebabkan kecederaan dalaman atau kematian.

Pelatih yang berjaya dan disahkan layak bergelar komando, mereka diberi kerehatan di sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berkhirnya proses E&E yang telah diterangkan sebelumnya. Juga memberi peluang kepada rekrut-rekrut baru komando tadi berhubung dengan keluarga dan membuat persediaan semasa hari penganugerahan.

Operasi yang diketahui[sunting | sunting sumber]

Insurgensi 1966-1990[sunting | sunting sumber]

Pada insurgensi mulai tahun 1966 hingga 1990, Rejiment Gerak Khas terlibat dalam beberapa siri operasi menentang pengganas komunis diseluruh kawasan hutan Malaysia. Ramai diantara pengganas komunis yang berjaya dibunuh, dicederakan dan ditawan serta sejumlah besar senjata api, bahan letupan dan kelengkapan dirampas.

Kepulauan Spratley[sunting | sunting sumber]

Memandangkan unit Rejimen Gerak Khas adalah aset berharga kerajaan, perkara yang perlu difahami oleh pasukan elit tentera darat dan marin ATM adalah menjaga kawasan yang berhampiran dengan Kepulauan Spratley. Grup Gerak Khas dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.[1] Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine

Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)[sunting | sunting sumber]

Grup Gerak Khas terlibat dalam operasi berprofil tinggi termasuklah operasi bersepadu dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan dalam tugas menyelamat pasukan Renjer dan pasukan elit Delta Force Amerika Syarikat yang terperangkap didalam pertempuran dengan tentera militan Jeneral Farah Aidid di Pasar Bakhara, Mogadishu, Somalia yang mengorbankan seorang krew kereta perisai MALBATT RAMD iaitu Allahyarham Koperal Aznan Awang dan 7 lagi cedera. GGK turut kehilangan dua anggotanya semasa pertempuran di bulatan K4 dimana unit ini terlibat dalam operasi yang diterajui oleh Amerika dalam tugas menangkap beberapa orang kanan Aidid.

Sukan Kommonwel ke-16[sunting | sunting sumber]

Grup Gerak Khas turut digandingkan bersama pasukan polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM dalam tugas keselamatan khas dan bersedia untuk tugas operasi menyelamat tebusan dan mematikan bahan letupan (sekiranya berlaku ancaman dan kekacauan dari pihak-pihak tertentu) sempena Sukan Kommonwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998.

Bosnia Herzegovina[sunting | sunting sumber]

Unit-unit Grup Gerak Khas turut dihantar sebagai unit pengaman di Bosnia, yang mana satu dan hanya unit komando daripada Asia Tenggara telah ditugaskan di Bosnia.

Timor Leste 2006[sunting | sunting sumber]

Grup Gerak Khas juga dihantar bersama dengan truper elit dari 10 Briged Para dan pasukan elit PDRM, Pasukan Gerakan Khas dalam operasi pengaman di Timor Leste, yang diketuai oleh Australia yang dikenali sebagai Operasi Astute. [2] Diarkibkan 2018-12-16 di Wayback Machine

Insiden Genting Sempah[sunting | sunting sumber]

Pada Julai, 2007, Rejimen ke-22 Grup Gerak Khas bersama dengan anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak, PASKAU TUDM dan Pasukan Gerakan Khas PDRM dengan disokong oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, Pasukan Gerakan Am PDRM, Renjer Perhutanan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta penduduk tempatan dalam usaha mencari dan menyelamat 6 krew helikopter Sikorsky S61 Nuri yang terhempas di Genting Sempah pada 13 Julai lalu. Walaubagaimanapun, keenam-enam wira negara tersebut telah terkorban sebelum pesawat malang itu ditemui oleh unit-unit penyelamat tersebut.

MALCON - UNIFIL[sunting | sunting sumber]

Unit ini juga terlibat dalam misi pengaman MALCON - UNIFIL di Lubnan bersama dengan dua lagi elemen pasukan khas ATM (terdiri daripada PASKAL dan PASKAU) dan ditempatkan di dalam Kontinjen India dalam menjaga keamanan di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan oleh rejim Israel. Keempat-empat pasukan elit ini bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman dikawasan pentadbiran ATM disana.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]