gua.com.my

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

gua.com.my ialah nama dan URL yang diberi kepada sebuah portal hiburan dan gaya hidup Malaysia yang diasaskan oleh Alt Media Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Media Prima Berhad. gua.com.my dilancarkan secara rasmi pada 11 September 2007. Pengendalian gua.com.my diketuai pengurus besar Portal Gaya Hidup dan Rekaan Kandungan Alt Media, M. Zulkifli Abdul Jalil.[1] Nama "gua" berasaskan slanga bahasa pasar yang bererti "saya" atau "aku", menggambarkan tujuan laman web ini berkhidmat untuk kehendak individu.

Isi kandungan

[sunting] Ciri-ciri

Laman web ini mengandungi berita, rencana, sudut kolumnis, blog, klip video, forum dan kemudahan interaktif yang membincangkan hal-ehwal persada hiburan dalam dan luar negara, perihal cinta dan perhubungan, kesihatan, pemakanan, gaya hidup, pelancongan dan sebagainya. Selain itu, gua.com.my turut menerbit siri video Internet sendirinya (lihat di bawah), serta menyediakan pangkalan data artis-artis dan selebriti-selebriti Malaysia bernama "Guapedia", serta satu gedung muat turun video dan muzik atas talian.[1]

[sunting] Video dan siri televisyen atas talian

Drama bersiri online merupakan salah satu ciri-ciri utama portal hiburan gua.com.my. Sehingga kini, dua siri drama sedemikian sudah dikeluarkan:

Selain itu, sebelum ini gua.com.my telah menerbit pelbagai siri video Internet berbentuk berita, informasi, lawak, dan lain-lain, seperti berikut:

  • Ingat Tak?
  • Rev n Roll — perihal kereta
  • Joke Aje
  • Muung — video animasi
  • Street Talk

[sunting] GUAMuzik

Pada 14 April 2008, gua.com.my melancarkan kedai muzik Internet terbaru bernama GUAMuzik.[2] Portal muat turun muzik berbayar ini boleh dicapai melalui URL http://www.guamuzik.com.my/, dan menawarkan beraneka runut muzik pelbagai genre oleh artis tempatan dan luar. Selain itu, carta radio Fly FM, Hot FM dan Muzik Muzik turut disiarkan di sana di mana lagu-lagu yang tersenarai turut boleh dimuat turun dari sana. Setiap runut muzik lazimnya berharga RM3.

[sunting] gua Video Call

Mulai Disember 2007, pelanggan Maxis yang mempunyai telefon mudah alih berlengkapkan 3G boleh memuat turun klip video terbitan gua.com.my yang terpilih, termasuk Kerana Karina, Muung, Senario & Gua dan sebagainya. [1]

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan