Gua Chauvet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gua Chauvet
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asliGrotte Chauvet
Inskripsi2014 (sesi ke-38)
Keluasan9, 1,353 he (970,000, 145,640,000 ka2)
Laman sesawang
http://www.culture.gouv.fr/fr/arcnat/chauvet/fr/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiVallon-Pont-d'Arc, Perancis Sunting ini di Wikidata
Koordinat44°23′17″N 4°24′58″E / 44.388122°N 4.416141°E / 44.388122; 4.416141
Gua Chauvet is located in Bumi
Gua Chauvet
Gua Chauvet (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gua Chauvet-Pont-d'Arc di jabatan Ardèche, Perancis Selatan, merupakan gua yang mengandungi antara lukisan gua figuratif yang paling elok terpelihara di dunia,[1] di samping bukti-bukti lain kehidupan Paleolitik Awal.[2] Letaknya berdekatan komun Vallon-Pont-d'Arc di atas tanjung batu kapur di atas bekas tebing Sungai Ardèche, di Gorges de l'Ardèche.

Ditemui pada 18 Disember 1994, ia dianggap antara tapak seni prasejarah yang paling signifikan, malah agensi kebudayaan PBB UNESCO mengurniakan status Warisan Dunia kepadanya pada 22 Jun 2014.[3] Gua ini mula-mula dijelajahi oleh sekumpulan tiga orang ahli speleologi: Eliette Brunel-Deschamps, Christian Hillaire, dan Jean-Marie Chauvet yang memberikan nama gua itu. Chauvet mempunyai catatan terperinci mengenai penemuan ini.[4] Selain lukisan dan bukti kemanusiaan lain, juga terdapat tinggalan fosil, teraan dan jejak-jejak pelbagai haiwan yang antaranya sudah pupus.

Kajian selanjutnya oleh ahli arkeologi Perancis, Jean Clottes banyak mendedahkan tentang gua tersebut. Tawarikhnya masih dipertikaikan tetapi kajian terbitan 2012 menyokong bahawa seni guanya datang dari zaman Aurignasia kira-kira 32,000–30,000 juta tahun dahulu. Kajian keluaran 2016 yang menggunakan 88 tarikh radiokarbon tambahan menunjukkan dua kala penempatan: satu 37,000–33,500 tahun dahulu dan satu lagi 31,000–28,000 tahun dahulu dengan kebanyakan lakaran hitam datang dari zaman yang lebih awal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ UNESCO. [1], June 2014.
  2. ^ Clottes (2003b), p. 214.
  3. ^ France 24. "UNESCO grants heritage status to prehistoric French cave", June 2014.
  4. ^ Chauvet, Jean-Marie; Deschamps, Eliette Brunel; Hillaire, Christian; Clottes, Jean; Bahn, Paul (1996). Dawn of art : the Chauvet Cave : the oldest known paintings in the world. New York: H.N. Abrams. ISBN 0-8109-3232-6.