Gua Kerbau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gua Kerbau ialah sebuah tempat perlindungan batu yang terletak berhampiran dengan Padang Rengas di negeri Perak.

Ekskavasi arkeologi di Gua Kerbau telah mendedahkan dua zaman kebudayaan Hoabinh (paleolitik) yang wujud sejak sekitar 5000 SM. Zaman yang lebih awal itu tidak meninggalkan sebarang protoneolit atau tembikar, tetapi zaman yang kedua meninggalkan kedua-dua barang tersebut. Pengisaran dan penghancuran batu-batu serta pengisaran bidur dilakukan pada kedua-dua zaman itu. Tinggalan yang serupa juga boleh didapati di Tonkin Utara di China serta juga di pantai timur Sumatera.

Rangka di Gua Kerbau menunjukkan bahawa orang Hoabinh adalah sama jenisnya dengan orang Melanesia. Penghuni gua tersebut bersifat dolikosefalik, dengan rahang dan gigi yang besar, serta tangan dan kaki yang lampai. Kesan ciri-ciri tersebut juga boleh didapati dalam kalangan:

Ini bermaksud bahawa Semenanjung Malaysia merupakan salah satu laluan bagi orang Papua dan Melanesia ke New Guinea dan kepulauan Melanesia dari benua Asia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Asmah Haji Omar. The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages, Dewan Bahasa dan Pustaka (1983). K.K. 640-2454 0101