Gua Rusa
Gua Rusa terletak di Taman Negara Mulu, Sarawak. Gua Rusa merupakan sebahagian daripada khazanah geologi yang terbesar di dunia. Di dalamnya pelbagai pelbagai arca semula jadi yang terbentuk jutaan tahun yang lalu. Antaranya ialah stalaktit yang tergantung dan stalakmit. Gua Rusa merupakan tapak warisan UNESCO, kira-kira 100 km ke timur Miri mengambil masa 25 minit perjalanan dengan kapal terbang.
Dari Miri, pengunjung juga boleh menaiki bas atau kereta. Kemudian menaiki bot ekspres menyusuri Sungai Baram hingga ke Marudi dan terus ke Long Terawan (rumah panjang Terawan). Seterusnya menaiki bot panjang ke Taman Negara Mulu. Di sepanjang sungai terdapat beberapa buah rumah panjang kaum Iban yang menarik hati para pelancong. Keseluruhan perjalanan lazimnya mengambil masa hampir 12 jam.
Gua ini dikenali sebagai gua terbesar di dunia sehinggalah Gua Son Doong di Phong Nha-Ke Bang, Vietnam dijelajahi dan ditinjau pada 2009.