Guar Kepah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Guar Kepah
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat5°33′33.4″N 100°25′34.5″E / 5.559278°N 100.426250°E / 5.559278; 100.426250Koordinat: 5°33′33.4″N 100°25′34.5″E / 5.559278°N 100.426250°E / 5.559278; 100.426250

Guar Kepah atau nama lain Goa Cuppa atau Guah Gappah (Earl, 1863) ialah sebuah gua batu kapur asfalt yang terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Kepah ialah sejenis siput yang boleh dimakan, yang berasal dari laut. Tingginya kira-kira 25 kaki dari aras laut. Kerja-kerja eskavasi sejarah telah dilakukan oleh Van Stein Callenfels pada 1934-1936 telah menemui bukti-bukti kehidupan Orang Asli suku Semang seperti tulang manusia, sisa makanan, serpihan seramik, alatan batu dan sebagainya. Mereka mengkaji terusan di Lahar Ikan Mati dan Sungai Muda pada April 1860. Kawasan ini , orang Melayu menjalankan kegiatan penanaman padi sawah. Kampung Lahar Ikan Mati terletak tidak jauh dari Sungai Muda.


Kajian ini mendapat geran/biaya dari kerajaan Negeri Selat dan kemudian daripada Carnegie Corporation dari New York. Pada masa yang sama, Van Stein Callenfels turut mengkaji Gua Kerbau Perak dan Gua Lawa, Jawa.

Ia menjadi petempatan awal manusia terawal. Sejarah manusia purba ini dikaitkan dengan manusia Hoabinhian. Hoabinhian ditemui di Vienam, Thailand, Laos, Cambodia, Malaysia dan sebahagian pulau Sumatera. Maklumat dari Muzium Raffles, Singapura menyatakan Guar Kepah telah diselidik oleh Dr. MWF Tweedie dan Mr. HD Collings pada 1934.Pada 2007, Foo Shu Ting dari New York Unuversity telah menulis tesis tentang sejarah Guar Kepah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]