Guba Rawantas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Guba Rawantas
Nama lahirGabriel Robert Rawantas
Kelahiran1983 (umur 40–41)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Laguna Music
Pengkarya berkait
Yuna Zarai, Diana Danielle

Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba (lahir 1983) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang juga seorang penulis lagu. Beliau menyertai Laguna Music pada tahun 2011 dan album sulungnya berjudul Hilang diterbitkan pada Julai 2012.[1]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Guba dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah berpengalaman selama 13 tahun menyanyi dan menulis sendiri lagunya sejak kecil. Muziknya berentak folk-alternatif. Beliau pada asalnya ke Kuala Lumpur pada 2010 untuk kerjaya lain, namun bakatnya disedari oleh Greenhouse Studio seterusnya beliau dibantu untuk merakamkan beberapa lagu sebelum dikesan oleh pihak Laguna Music.[2]

Guba menerbitkan beberapa single pengenalan menjelang penerbitan album studio solo pertamanya. Single pertamanya ialah lagu berbahasa Inggeris judul "You & Me" telah diterbitkan pada 2011. Lagu-lagu seterusnya ialah "Sunday Morning", "Hilang", "Aku Pergi" dan kolaborasi bersama penyanyi popular Yuna berjudul "You're So Fine"[3] dan bersama pelakon Diana Danielle menerusi lagu "A Beauty Company". Album sulungnya mendapat sentuhan daripada vokalis Seven Collar T-Shirt, Saiful Ridzuan dan juga Jeffrey Little (Prana).[4][5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "You & Me"
  • "Aku Pergi"
  • "You're So Fine" (duet bersama Yuna Zarai)
  • "Sunday Morning"
  • "Hilang"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Guba Artis terbaru Laguna Music Laguna Music. Dicapai pada 28 November 2013.
  2. ^ Get Personal: Guba R.AGE (19 Oktober 2012). Dicapai pada 28 November 2013.
  3. ^ Gandingan eksklusif Guba dan Yuna Sinar Harian (30 Ogos 2013). Dicapai pada 28 November 2013.
  4. ^ Budiey (11 September 2012). Laguna Music Lancar Album Guba Berjudul HILANG Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 September 2012.
  5. ^ Guba tidak tumpang populariti[pautan mati kekal] Kosmo! (21 Oktober 2012). Dicapai pada 22 Oktober 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]