Gubahan muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scherzo dalam A flet (Borodin) Mengenai audio iniPlay 

Gubahan muzik merupakan isi atau intipati bagi sesebuah lagu, tidak mengira rentak atau genre yang membuat sesuatu lagu itu menjadi gah atau sebaliknya. Ia boleh merujuk kepada gubahan asal muzik, struktur gubahan tersebut, atau proses mencipta gubahan baharu muzik. Orang yang menggubah muzik dipanggil penggubah.

Sifat gubahan[sunting | sunting sumber]

  • Gubahan muzik boleh mempunyai motif, yang berulang dan berkembang hingga menjadi infiniti atau tidak tercapai akal kita yang mendengar kecuali penggubahnya sendiri
  • Meter sesuatu lagu diubah dari yang asal pada meter tak lazim pada lazim seperti 2/4 kepada 3/4 dan sebagainya
  • Gaya (rentak) dalam penggubahan juga memainkan peranan kerana menimbulkan suasana
  • Dinamik sesuatu gubahan perlu ada tekanan kuat perlahan untuk membangkitkan suasana juga
  • Pemilihan alat (instrumentasi) adalah sesuatu yang penting dalam melahirkan sesuatu gubahan yang gah atau tidak
  • Selalunya untuk skor filem mereka akan menggunakan khidmat orkestra filharmonik, bermakna hampir semua alat bertali, angin, bras dan genderang yang lain
  • Suara (vokal) ada juga dimasukkan, vokal atau korus bergantung kepada kehendak penggubah