Guillermo Fariñas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Guillermo Fariñas
Kelahiran 1962, January 3
Santa Clara
Pekerjaan Journalist
Guillermo Fariñas (2014)

Guillermo Fariñas Hernández (lahir 3 Januari 1962) ("El Coco") adalah seorang doktor psikologi Cuba . Beliau juga merupakan wartawan bebas dan ahli politik pembangkang di Cuba . Dia telah melakukan 23 aksi mogok lapar kerana memprotes berbagai elemen zalim rejim Cuba. Dia sanggup mati demi perjuangan menentang pelbagai sekatan di Cuba.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fariñas dilahirkan di Santa Clara , Cuba . Dia memenangi pingat pada tahun 1981. dia pernah menjadi tentera Cuba di Angola berjuang di bawah Kolonel Antonio Enrique Luzon, dan dia cedera dalam perang. Tahun 1982 Fariñas pergi ke Kesatuan Soviet ke Tambov, berhampiran Moscow untuk latihan ketenteraan. Pada tahun 1993 dia kembali ke Cuba, sebagai Setiausaha Agung Syarikat Pekerja Kesihatan. Pada tahun 1995 dia dipenjara selepas membangkitkan kegiatan rasuah membabitkan pengarah hospital.

Ayah Fariñas juga tentera Cuba, dan pernah berjuang di Congo di bawah pimpinan Che Guevara pada tahun 1960.

2006 Mogok lapar[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Fariñas melakukan sebulan mogok lapar kerana menentang kawalan internet di Cuba. Dia berhadapan masalah kesihatan yang teruk. Tindakannya mendapat perhatian daripada dunia dan Reporters Without Borders. Dia menerima Anugerah Antarabangsa Hak Asasi Manusia di Weimar.


Mogol lapar 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Februari 2010, Fariñas mogok makan kerana memprotes kematian rakan pembangkang Zapata Orlando Tamayo . Dia menuntut agar 26 tgahanan dibebaskan. Pada 1 April 2010,dia dimasukkan ke Hospital Santa Clara kerana cecair intravena sejak 11 Mac 2010. Beliau mempertikaikan mengapa Presiden Cuba Raul Castro tidak memperbaiki tahap hak asasi manusia di negara itu.

Elizardo Sanchez telah mengenalpasti 115 tahanan politik yang perlu dibebaskan sejak Revolusi Cuba 1959. Tahanan ini tidak melakukan sebarang jenayah, hanya mengkritik dasar-dasar kerajaan. Pada 1998 ,Pope John Paul II melawat Cuba dan merayu agar tahanan politik dibebaskan.

Zapata Tamayo mati selepas mogok lapar 82 hari dalam tahanan. kerajaan Raul Castro tidak mahu insiden Zapata berulang kepada Farinas. Kerajaan Sepanyol berunding dengan Cuba agar hak asasi manusia diperbaiki. [1]

Reaksi kerajaan Cuba[sunting | sunting sumber]

Cuba tidak akan mudah menerima tekanan atau pemerasan. Namun kemudian ,Gereja Katholik dan Menteri Luar Sepanyol Miguel Angel Moratinos mendapat prsetujuan Cuba untuk membebaskan 52 tahanan politik.

Pada 8 Julai 2010, Fariñas mengakhiri mogok makan selama 134 hari berikutan kerajaan komunis berjanji akan membebaskan 52 tahanan politik. Farinas telah dirawat di unit rawatan kecemasan Hospital Arnaldo Milian, Santa Clara pada 8 Julai 2010.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]