Gunawan Mahmood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr. Gunawan Mahmood (1959-2010) adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Beliau juga seorang penulis sajak, pantun, cerpen dan novel.

Beliau menjadi Setiausaha Politik sejak 2008 dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Penerangan (JASA) Johor. Beliau juga Penasihat Persatuan Penulis Negeri Johor.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Gunawan Mahmood dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat ,Johor pada 29 Januari 1959. Beliau dibesarkan di kawasan Felda kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram ,selatan Johor.

Belajar di Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan dan Institut Malaysia Johor Bahru sehingga peringkat STPM. Kemudian belajar di Universiti Nasional , Jakarta, Indonesia - pengajian luar kampus. Beliau mendapat Phd dari Universiti International Barkeley- Institut Pembangunan dan Pengurusan Antarabangsa Indonesia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggalkan isteri Norhayati Maarof dan tiga anak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun.[1]

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Cerpen 'Harga Sebuah Kematian' - memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/89
  2. Namaku Ayoko (1993)
  3. Renyah (1994) (Novel) - teks Komsas Tingkatan 4
  4. Tanah Ini (1995) (Novel) - Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97
  5. Cinta Daerah Perjuangan (1996)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Hadiah Cipta Karkawan Muda Johor yang pertama, Hadiah Sastera Darul Takzim 1996
  2. Anugerah Generasi Baru Felda -2008 [2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 6 September 2010, Gunawan (51 tahun) meninggal dunia di pejabatnya di bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar Nusajaya selepas mengadu sakit dada. Beliau mengidap diabetes sejak beberapa lama. Jenazah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.[3] Jenazah dikebumikan di tempat kelahirannya di tanah perkuburan Felda Ulu Tebrau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]