Gundam Seed
| Gundam Seed | |
| 機動戦士ガンダム・シード (Kidō Senshi Gundam SEED) | |
| Genre | Drama, Mecha, Romantik, Sains Fiksyen, Anti-perang, Politik
|
| TV anime | |
|---|---|
| Pengarah | Mitsuo Fukuda |
| Studio | Sunrise |
| Penyiaran | |
| OVA: After Phase: In the Valley of Stars | |
| Pengarah | Mitsuo Fukuda |
| Studio | Sunrise |
| No. episod | 1 |
| Dikeluarkan | March 26, 2004 |
| Manga | |
| Penerbit | |
| Portal Anime dan Manga | |
Mobile Suit Gundam SEED (機動戦士ガンダムSEED シード Kidō Senshi Gandamu SEED?), singkatan Gundam SEED, ialah siri televisyen anime oleh Sunrise.
Isi kandungan |
Plot[sunting]
Siri ini bermula pada Era Kosmik ( Cosmic Era ). Ia mengisahkan perang yang tercetus diantara Bumi dan Koloni angkasa, Perang Valentine Berdarah yang hampir menyerupai Perang Satu Tahun daripada siri asal Gundam. Siri ini turut mengambil beberapa elemen dariMobile Suit Gundam Wing dan After War Gundam X. Pihak yang terlibat dalam peperangan ini adalah Persekutuan Bumi, dan Koloni Angkasa ZAFT (Zodiac Alliance of Freedom Treaty). Bangsa manusia terbahagi kepada dua iaitu Koordinator (manusai yang mengalami perubahan genetik melalui kaedah sains) dan manusia biasa yang dikenali sebagai Natural. Pada permulaan cerita ini; seperti siri asal; ZAFT memulakan langkah membina Mobile Suit bagi menghadapi tentera Persekutuan. Pihak Persukutuan pula mahu bersaing dalam perlumbaan senjata ini dengan menghasilkan 5 prototaip GUNDAM. Apabila pihak ZAFT dengan usaha 4 pemandu elit mereka, Athrun Zala , Yzak Joule , Dearka Elsman dan Nicole Amarfi berjaya mencuri 4 daripada prototaip Gundam tersebut, seorang Koordinator muda yang hidup sebagai rakyat biasa, Kira Yamato memandu salah satu prototaip tersebut, GAT-X105 Strike Gundam dan menjadi pemandu "bidan terjun" pihak Persekutuan. Kira juga terpaksa berhadapan dengan sahabat lamanya, Athrun. Tanpa mereka sedari, terdapat kisah disebalik peperangan ini yang mampu mejerumuskan mereka kedalam mimpi yang dahsyat.
Muzik[sunting]
Tema Pembuka[sunting]
- "INVOKE" oleh T.M.Revolution
- "moment" oleh Vivan or Kazuma
- "Believe" oleh Tamaki Nami
- "Realize" oleh Tamaki Nami
Tema Penutup[sunting]
- "Anna ni Issho Datta no ni" oleh See-Saw
- "RIVER/Mizuiro no Ame" oleh Ishii Tatsuya
- "FIND THE WAY" oleh Nakashima Mika